Hari ini saya pakai baju yang mempunyai logo “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” ke sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Dataran Merdeka.
“Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” adalah tema Hari Kebangsaan & Hari Malaysia pada tahun 2019 di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
Selain daripada politik perkauman dan politik yang memperalatkan agama, masalah yang paling menjejaskan negara kita adalah rasuah.
Skandal 1MDB, skandal kapal LCS dan skandal kewangan yang lain telah menyebabkan negara kita hilang berbilion-bilion ringgit. Ia juga menyebabkan negara kita dimasukkan dalam senarai negara-negara yang korup di dunia.
Pada Hari Kebangsaan ini, saya berdoa supaya semua warga Malaysia bersatu-padu memerangi rasuah dan membina semula negara kita ke arah Malaysia Bersih.
Selamat Hari Kebangsaan!! Sayangi Malaysiaku.