Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Posted on Monday, 01-08-2022 by Editorial Team

ย 

Pagi ini saya pergi ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor. Saya juga menyampaikan takziah kepada isteri beliau Puan Sri Salbiah Tunut dan ahli keluarganya.

Saya pernah berusaha bersama dengan Allahyarham Tan Sri Khalid selama 5 tahun di barisan pimpinan kerajaan Selangor selepas parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan BN pada 8 Mac 2008. Kejatuhan kerajaan BN Selangor yang tidak dijangka oleh semua pihak menyebabkan kami terpaksa bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan baru yang dinamakan Pakatan Rakyat.

ย 

Pada waktu bila ramai tertanya-tanya samada kami daripada parti-parti pembangkang mampu mentadbir negeri yang paling maju di Malaysia, Allahyarham Tan Sri Khalid berjaya menunjukkan kepemimpinannya untuk menstabilkan keadaan politik dalam keadaan yang penuh dengan ketidaktentuan.

Sebab utama kerajaan BN jatuh pada tahun 2008 adalah kerana penyalahgunaan wang rakyat dan korupsi. Beberapa anak syarikat di bawah kerajaan Selangor juga rugi berturut-turut tahun. Selepas kami pegang jawatan di kerajaan, Tan Sri Khalid pun mengarahkan audit dijalankan ke atas semua agensi dan anak syarikat di bawah kerajaan Selangor.

Selepas itu, beliau mengkehendaki profesionalisme dan ketelusan dilaksanakan oleh pengurusan di semua anak syarikat.

Sebagai bekas tokoh korporat dan akauntan, Allahyarham Tan Sri Khalid amat mementingkan projek yang dijalankan oleh semua anak syarikat mencapai keuntungan. Dia juga selalu memastikan semua pengurus eksekutif fasih dalam perakaunan di samping menunjukkan ketelusan dalam pengurusan mereka.

Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid adalah kerajaan negeri yang mengumumkan simpanan tunai Kerajaan Negeri kepada orang ramai, demi menunjukkan kerajaan menjaga wang rakyat dan menguruskannya secara cermat dan telus.

Dengan adanya aliran tunai/case flow yang cukup, kerajaan negeri Selangor pun mampu melaksanakan pelbagai program mesra rakyat, salah satu program yang paling berjaya adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), di mana keluarga warga emas Selangor yang meninggal dunia akan diberi wang tunai RM2,500. Dana program ini adalah daripada penjualan pasir oleh salah satu anak syarikat Selangor.

Saya belajar banyak daripada Allayarham Tan Sri Khalid dalam tempoh 5 tahun di kerajaan Selangor. Jasa Allayarham Tan Sri akan sentiasa dikenangi oleh kita semua. Saya berdoa agar Tuhan terima segala amalan Tan Sri dan mengangkat darjatnya di sisi Tuhan.

Rest In Peace, Tan Sri Khalid. ๐Ÿ™๐Ÿป

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan โ€œLaporan Pengurusan Pelarian di Malaysiaโ€ di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • ้ƒญ็ด ๆฒไฟƒ่ฏท้š†ๅธ‚ๆ”ฟๅฑ€ๅœจๆญฆๅ‰ๅŠ ้‡Œๅฐ”ใ€ๅคงๅŸŽๅ กๅŠๆ—งๅทด็”Ÿ่ทฏๅฑ•ๅผ€ๅ…จ้ขๅŸบ็ก€่ฎพๆ–ฝ็ ”็ฉถ
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme