Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sidang Akhbar Berkenaan Jawapan Parlimen – Kos Perbelanjaan Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Tokyo Yang Tidak Lengkap

Posted on Monday, 25-07-2022Tuesday, 09-08-2022 by Editorial Team


Petang tadi, saya mengadakan sidang akhbar bersama YB Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah di Parlimen.

Saya bangkitkan isu YB Datuk Dr Latiff, Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak menjawab soalan saya berkenaan dengan perbelanjaan PM ke Jepun. Saya telah tulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat berkenaan isu ini. Di bawah ini adalah surat saya kepada Speaker. ๐Ÿ‘‡

***********************************************
25 Julai 2022

Kepada
YB Tan Sri Azhar Azizan Harun
Yang diPertua Dewan Rakyat Malaysia.

YB Tan Sri,

Aduan Terhadap Jawapan Parlimen Bertarikh 21 Julai 2022 Berkenaan Kos Perbelanjaan Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Tokyo Yang Tidak Lengkap dan Tidak Tepat
**************************************************

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya saya ingin membuat aduan tentang jawapan yang tidak lengkap dan malah tidak tepat bagi soalan saya pada no: 65 pada 21 Julai 2022 oleh YB Datuk Dr Abd Latiff Bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Soalan saya adalah: โ€œminta PERDANA MENTERI menyatakan berapa anggota rombongan rasmi dan berapa pihak persendirian yang mengikuti Perdana Menteri melawat Jepun pada Mei tahun ini. Beri pecahan perbelanjaan lawatan rasmi yang dibiayai oleh Kerajaan dan kos yang ditanggung oleh pihak swasta/persendirian.โ€

Jawapan YB Datuk Dr Abdul Latiff Bin Ahmad kepada saya adalah:-

โ€œTuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman, lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Jepun pada 23 hingga 28 Mei 2022 yang lalu merupakan antara lawatan berprofil tinggi selepas lebih dua tahun sekatan perjalanan disebabkan pandemik COVID-19.

2. Delegasi Malaysia ke ini diketuai oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama dengan Menteri Kabinet termasuklah Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke Jepun, Republik Korea dan Taiwan.

3. Antara kejayaan terbesar hasil pertemuan kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Jepun tersebut adalah persetujuan penaikan taraf hubungan dua hala Malaysia-Jepun ke peringkat yang lebih komprehensif iaitu daripada Strategic Partnership kepada Comprehensive Strategic Partnership.

4. Di samping itu, Delegasi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Itabashi dan berpeluang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri dan wakil-wakil syarikat Jepun yang berada dalam wilayah Itabashi. Kerjasama baharu turut dipersetujui di antara Bandar Itabashi dengan Bandaraya Kuala Lumpur merangkumi kerjasama bandar pintar dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dan kerjasama dalam konteks mengendalikan bencana terutamanya usaha-usaha dalam menangani dan mengatasi isu banjir.โ€
YB Tan Sri, jawapan yang diberi oleh YB Menteri di atas menunjukkan beliau langsung tidak menjawap isu yang saya tanyakan, iaitu tentang โ€œanggota yang menyertai rombongan lawatan Perdana Menteri dan pecahan kos terlibatโ€. Tetapi YB Menteri hanya jawab tentang tujuan Perdana Menteri melawat Jepun dan program dalam lawatan rasmi itu.

Sehubungan dengan itu, pada hari yang sama, YB Menteri memberi jawapan tentang perbelanjaan empat duta-duta khas Perdana Menteri pada tahun 2020 hingga 2022 kepada soalan no: 78 yang dikemukakan oleh YB Chan Foong Hin (Kota Kinabalu). Dalam jawapan kepada soalan no: 78 ini, YB Menteri menyatakan โ€œbagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2022, sebanyak RM923,455.10 telah dibelanjakan bagi tujuan lawatan rasmi dalam dan luar negara keempat-empat Utusan Khas Perdana Menteri, di samping dalam melaksanakan fungsi tugas dan komitmen yang dipertanggungjawabkan.โ€

Saya tidak faham kenapakah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini hanya memberi jawapan berkenaan perbelanjaan yang melibatkan keempat-empat Utusan Khas Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, tetapi beliau tidak menjawab soalan saya berkenaan perbelanjaan yang melibatkan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.

Kerajaan sepatutnya telus tentang perbelanjaan mereka kepada rakyat, termasuk lawatan rasmi yang diketuai oleh Perdana Menteri ke Jepun.

Jawapan yang tidak tepat yang diberi oleh YB Menteri kepada saya sebenarnya telah mencabuli fasal 36 (12) dalam Peraturan Mesyuarat, iaitu โ€œmengelirukan dewan dan menghina Majlis yang boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasanโ€.

Saya tidak berminat untuk membuat usul yang merujuk YB Menteri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi saya berharap YB Tan Sri boleh mengarah YB Menteri untuk menambahbaikkan jawapannya dengan memberi maklumat yang dikehendaki dalam soalan saya kepada Dewan Rakyat semula.

Dilampirkan jawapan yang diberi oleh YB Menteri kepada saya dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu untuk rujukan dan tindakan YB Tan Sri.
Segala kerjasama YB Tan Sri Yang diPertua ke atas permintaan saya adalah amat dihargai dan didahulukan terima kasih.

Yang benar,

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan โ€œLaporan Pengurusan Pelarian di Malaysiaโ€ di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • ้ƒญ็ด ๆฒไฟƒ่ฏท้š†ๅธ‚ๆ”ฟๅฑ€ๅœจๆญฆๅ‰ๅŠ ้‡Œๅฐ”ใ€ๅคงๅŸŽๅ กๅŠๆ—งๅทด็”Ÿ่ทฏๅฑ•ๅผ€ๅ…จ้ขๅŸบ็ก€่ฎพๆ–ฝ็ ”็ฉถ
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme