Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kerajaan Malaysia digesa menjelaskan mengapa Malaysia kekal di Tahap 3, kedudukan terendah dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) Amerika Syarikat 2022 untuk tahun kedua berturut-turut. Sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan Sistem Permohonan “Maid Online”.

Posted on Thursday, 21-07-2022 by Editorial Team

Ramai rakyat Malaysia terkejut kerana sekali lagi Malaysia kekal di tangga tercorot dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) Amerika Syarikat 2022. Laporan TIP menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia tidak memenuhi piawaian minimum untuk penghapusan pemerdagangan dan tidak melakukan usaha yang sewajarnya untuk berbuat demikian.”

Kerajaan gagal memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia berkenaan sebab Malaysia masih kekal di Tahap 3 dalam pemerdagangan manusia, kerana ini mencemarkan imej antarabangsa kita dan akan memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa, terutamanya perdagangan dengan Amerika Syarikat dan beberapa Negara Barat. Negara-negara ini telah menyatakan sensitiviti mereka yang kuat terhadap pekerja dan hak asasi manusia.

Saya amat terganggu dengan komen negatif dalam Laporan TIP bahawa siasatan antipemerdagangan telah merosot dan kerajaan gagal untuk mendakwa atau mensabitkan pegawai kerajaan yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan.

Selain itu, kerajaan juga gagal melaksanakan prosedur operasi standard untuk mengenal pasti mangsa semasa serbuan penguatkuasaan atau mana-mana pihak yang disyaki berhubung dengan pihak terlibat.

Duta Besar Indonesia telah membantah sekeras-kerasnya sistem permohonan “Maid Online” di Malaysia. Beliau berpendapat sistem ini telah menjejaskan kebajikan dan hak ramai pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Saya percaya sistem yang berkontroversi ini adalah salah satu komponen yang menyumbang kepada kejatuhan Malaysia dan menyebabkan Malaysia terus kekal di Tahap 3 TIP.

Saya menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan permohonan “Maid Online”. Saya percaya ini akan menyumbang kepada penambahbaikan Negara keluar daripada status Tahap 3.

Selain itu, sudah tiba masanya kerajaan menjelaskan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa punca kita gagal memenuhi piawaian minimum dalam pemerdagangan manusia. Dan juga, apakah jalan yang patut diambil dalam mengemudi Malaysia keluar dari keaiban antarabangsa seperti itu.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme