Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Soalan 32 Lisan (18 Julai 2022) berkenaan pecahan kaum penjawat awam secara keseluruhan dan juga pecahan kaum dalam Gred JUSA dan TURUS

Posted on Tuesday, 19-07-2022 by Editorial Team

SOALAN
Minta PERDANA MENTERI menyatakan pecahan kaum penjawat awam secara keseluruhan dan juga pecahan kaum dalam Gred JUSA dan TURUS. Apakah Kerajaan mempunyai racangan untuk menjadikan perkhidmatan awam membayangkan komposisi etnik negara kita demi menunaikan slogan “Keluarga Malaysia”

JAWAPAN
DIJAWAB OLEH YB DATUK DR ABD LATIFF AHMAD
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan status pengisian perjawatan di dalam Sistem HRMIS Jabatan Perkhidmatan Awam, sehingga 5 Julai 2022, bilangan pegawai awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi tidak termasuk Polis dan Tentera mengikut pecahan kaum dan gred (TURUS, JUSA, Gred 56 hingga 1) adalah seperti berikut:

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kaedah pengambilan dan pelantikan pegawai ke Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan empat (4) Perkhidmatan Awam negeri iaitu Melaka, Pulai Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah berasaskan merit dan kompetensi seseorang calon. Asas pelantikan ini bertujuan untuk memastikan calon yang berkualiti dan terbaik dilantik sebagai penjawat awam. Tiada penetapan sebarang kuota berdasarkan kapasiti kaum, bangsa atau etnik tertentu dalam pelantikan serta pertimbangan kenaikan pangkat penjawat awam. Sehubungan itu, semua warganegara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam persaingan yang terbuka dan adil (open and fair competition)

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme