Pada 23/6/2022 yang lepas, saya telah mempengerusikan satu mesyuarat melibatkan wakil Lebuhraya SUKE, RapidKL, Besraya dan wakil penduduk Pangsapuri Permai berkenaan penutupan kekal Perhentian Bas KL784 di Pangsapuri Permai.
Saya dan team Pusat Khidmat Seputeh telah melawat tapak tersebut. Wakil SUKE dan Besraya menyatakan bahawa kawasan tersebut berbahaya untuk menempatkan satu perhentian bas.
Saya telah merayu kepada wakil Besraya untuk mencari satu jalan bagi memenuhi permintaan penduduk. Saya harap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kemudahan penduduk.