Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jamuan Makan Malam Bersama Ain Husniza dan Keluarga di Restoran Orchid, Royal Lake Club

Posted on Thursday, 23-06-2022Friday, 24-06-2022 by Editorial Team

Semalam saya menjemput Ain Husniza dan keluarganya untuk makan malam di Restoran Orchid di Royal Lake Club. Saya juga jemput Ahli Parlimen Petaling Jaya YB Maria Chin dan peguam Ain, Jaden Phoon hadir makan bersama.

Makan malam ini diadakan untuk meraikan keputusan SPM cemerlang yang diperolehi oleh Ain. Dia dapat 7A dan 1B dalam SPM. Di antara 7A tersebut, dia dapat 4A+.

Keputusan SPM yang cemerlang ini adalah amat penting bagi Ain yang telah melalui tempoh yang penuh cabaran pada dua tahun yang lepas selepas dia mendedahkan jenaka rogol guru lelaki di dalam kelas dalam tik-toknya .

Selepas itu, Ain dan ibu bapanya Saiful Nizam pun jatuh dalam kancah kontroversi. Guru lelaki tersebut malah membuat laporan polis dan memulakan saman malu terhadap Ain. Ain dan ayahnya juga telah disoal-siasat oleh polis. Terima kasih kepada peguam Datuk Sankara Nair dan Jaden Phoon membantu Ain dan ayahnya dari segi undang-undang secara sukarela.


Semalam, saya lihat Ain dan adik-adiknya memesan makanan barat yang beraneka jenis yang jarang dimakan oleh mereka. Saya hairan adiknya yang berumur 6 tahun tahu pesan “Fish and Chip” dan makan dengan menggunakan garfu dan pisau dengan gembiranya.

Sebelum kami berpisah, saya menghadiahkan sebuah buku Bahasa Inggeris yang berjudul “The 7 Habits of Highly Effective People” yang ditulis oleh Stephen Covey kepada Ain. Saya minta dia cuba baca dan faham konsep buku tersebut, kerana saya berharap dia boleh menjadi pemimpin yang cekap dan efisien pada masa kelak.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme