Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Menteri Dalam Negeri Ke Atas Masalah Disiplin Kahwin 2 & Salah Laku Pengarah Jabatan Logistik & Pegawai Kanan PDRM

Posted on Tuesday, 03-03-2009 by DAP Seputeh

Pemberitahuan Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Dewan Rakyat

Tarikh: 2 Mac 2009

Soalan:

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambil ke atas Pengarah Jabatan Logistik, Polis DiRaja Malaysia berhubung dengan masalah disiplin kahwin dua dan juga salah laku yang melibatkan beberapa pegawai kanan PDRM yang telah dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas. Jika tiada tindakan diambil, kenapa?

Jawapan

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Seputeh yang telah mengemukakan soalan.

Berdasarkan kepada peraturan PDRM, mana-mana pegawai atau anggota polis yang hendak berkahwin sama ada untuk kali pertama atau berikutnya mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Ketua Jabatan. Dalam kes Pengarah Jabatan Logistik, beliau telah membuat permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan dan permohonan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara.

Sehubungan dengan ini, tidak wujud sebarang kesalahan disiplin dan pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh beliau. Sementara itu, siasatan juga sedang dilakukan terhadap beberapa orang pegawai kanan yang bertugas di Jabatan Logistik PDRM yang dikatakan terlibat dengan salahlaku, namun, setakat ini hasil siasatan oleh Bahagian Tatatertib PDRM adalah negatif.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme