Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Peguam Negara digesa menarik balik Peguam Kanan Persekutuan daripada mewakili guru yang membuat jenaka rogol di dalam kelas dan bekas guru besar dalam saman tuntutan balas yang difailkan oleh Ain Husniza

Posted on Sunday, 05-06-2022Thursday, 09-06-2022 by Editorial Team

Saya terkejut membaca bahawa Peguam Kanan Persekutuan membela guru lelaki yang membuat jenaka rogol di dalam kelas dan bekas guru besar sekolah selaku defendan dalam tuntutan balas yang difailkan oleh pelajar Ain Husniza.

Bagaimanakah Peguam Kanan Persekutuan boleh bertindak untuk membela mereka sedangkan guru dan bekas guru besar tersebut telah disaman dalam kapasiti peribadi mereka? Lebih-lebih lagi, Ain Husniza yang mula-mula disaman kerana dikatakan memfitnah guru yang membuat jenaka rogol di dalam kelas. Ain terpaksa membela diri dan terpaksa membuat tuntutan balas terhadap guru tersebut.


Mari kita betulkan fakta ini, semua yang Ain lakukan, sebagai seorang kanak-kanak perempuan, adalah secara sah menyatakan rasa tidak senang terhadap guru lelaki dewasanya yang memandang remeh isu jenaka rogol dan membiarkannya begitu sahaja. Dia tidak memulakan sebarang tindakan undang-undang, walaupun itu adalah dalam haknya. Tetapi dia dan bapanya telah disaman oleh guru.

Jelas sekali, ini adalah saman persendirian antara guru dan bekas pelajar mereka. Bagaimana seorang peguam kerajaan boleh bertindak untuk pihak persendirian, penjawat awam dan pesara awam? Peguam Kanan Persekutuan harus mengehadkan perwakilannya untuk entiti kerajaan sahaja. Bukankah ini menjadi contoh buruk bagi Peguam Persekutuan untuk bagi penjawat awam dan juga pesara awam dalam saman persendirian mereka?

Selain itu, adakah wajar seorang Peguam Kerajaan memihak dan membela seorang guru lelaki dewasa yang membuat jenaka rogol kepada pelajar lelaki dan perempuan di dalam kelas? Adakah ini tidak sama dengan menyokong salah laku guru lelaki tersebut di sekolah. Ini menghantar mesej yang salah kepada guru dan pendidik.

Saya menggesa Peguam Negara Tan Sri Idris Harun untuk menarik balik diri untuk mewakili guru dan bekas guru besar dalam perbicaraan undang-undang persendirian ini dan berpegang kepada mempertahankan entiti kerajaan sahaja.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme