Pada petang Jumaat saya hadir Majlis Hari Raya di Dataran Merdeka atas jemputan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Saya tiba lebih awal daripada masa yang ditetapkan dengan harapan saya boleh berjumpa dengan Datuk Bandar untuk membincangkan satu isu di kawasan saya.
Tetapi kesalnya Datuk Bandar tidak hadir dalam Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh beliau kerana beliau telah mengikuti Menteri Wilayah Persekutuan dan Perdana Menteri ke Jepun.
Saya seolah-olah jadi hos di meja VIP saya dengan memperkenalkan makanan yang dihidangkan kepada diplomat asing, khususnya diplomat dari kedutaan China (Minister Councilor) Puan Ma Cuihong yang hadir Majlis Hari Raya buat kali pertama.
Sebelum majlis berakhir, hujan turun dengan lebatnya dan air hujan ditiup oleh angin ke khemah majlis. Saya dan diplomat asing pun meninggalkan majlis tersebut secara terburu-buru.