Pada hari Ahad yang lepas, staf Pusat Khidmat Seputeh dan saya berkunjung ke Kempen Derma Darah dianjurkan oleh Persatuan Amal Setia Gong Xian Zhe (贡献者 智慧行善)di Bukit Jalil Golf & Country Resort
Bila saya tiba tempat itu pada 11:30 pagi, saya disambut oleh Pengerusi Persatuan, Encik Stanley Chin dan Pengurus Golf & Country Resort, Encik Tham Nyap Fu.
Stanley membawa saya melawat setiap bahagian program derma darah tersebut, dan juga kiosk-kiosk yang memaparkan pelbagai aktiviti dan bisnes masing-masing.
Persatuan ini telah banyak kali menganjurkan program derma darah dengan Pusat Darah Negara. Setiap kali ia mendapat lebih 200 paket darah. Pada hari tersebut ia berjaya mendapat 317 paket darah, rekod yang cantik!
Penganjur mendapat banyak sokongan daripada pihak swasta untuk program amalnya. Pada hari itu, setiap penderma darah diberikan makanan tengahari dan hadiah seperti pelitup muka, ubat gigi, beras, Milo dan mi segera.
Stanley dan isterinya mengongsikan pengalaman khidmat masyarakat persatuannya dengan saya. Mereka pernah memberi bantuan amal di kawasan yang mengalami banjir dan masyarakat Orang Asli di Pahang semasa PKP (MCO) pada dua tahun yang lepas.
Saya memuji Stanley dan teamnya atas usaha mereka membantu golongan yang terpinggir. Saya berharap kebajikannya dicontohi oleh lebih orang di masyarakat kita.