Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Lisan di Dewan Rakyat berkenaan senarai tahanan PATI di depot tahanan imigresen

Posted on Friday, 08-04-2022 by Editorial Team

Soalan bukan jawab lisan berkenaan No:471 di Dewan Rakyat – Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai tahanan PATI di depot tahanan imigresen mengikut negara asal, jantina, umur, tempoh penahanan dan kesalahan mereka. Apakah rancangan Kerajaan terhadap PATI-PATI di dalam tahanan tersebut.

Jawapan

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 2 Mac 2022, Jabatan Imigresen Malaysia menguruskan 16,986 orang tahanan di semua depot tahanan imigresen di seluruh negara. Daripada jumlah keseluruhan tahanan, seramai 12,383 adalah lelaki, 3,188 wanita, 777 kanak-kanak lelaki dan 638 kanak-kanak perempuan.

Warganegara Filipina mencatatkan jumlah tahanan paling ramai iaitu seramai 6,212 orang, diikuti warganegara Indonesia seramai 4,722 orang dan warganegara Myanmar seramai 3,505 orang. Selain daripada ketiga-tiga negara tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia turut menguruskan tahanan dari negara Vietnam, Thailand, India, China, Cambodia, Nepal dan negara-negara lain.

Seramai 10,383 PATI berada dalam tahanan untuk tempoh kurang dari enam bulan, 2,427 PATI ditahan untuk tempoh enam hingga 12 bulan manakala 4,176 PATI telah ditahan melebihi setahun dalam depot tahanan imigresen.

Terdapat beberapa kategori orang yang ditahan sebagai tahanan imigresen seperti tahanan reman Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan siasatan, pemastian dan pemeriksaan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Selain itu, depot imigresen turut menempatkan tahanan atau banduan yang selesai menjalani hukuman penjara, PATI yang diserahkan oleh agensi penguatkuasaan lain bagi tujuan pengusiran ke negara asal dan kanak-kanak warganegara asing yang selesai menjalani tempoh pemulihan di Sekolah Henry Gurney sementara menunggu proses dokumentasi dan pengesahan daripada pihak kedutaan.

Kerajaan sentiasa peka dan merancang pelbagai strategi untuk mempergiatkan usaha pengusiran PATI di depot tahanan Imigresen seluruh negara. Antara usaha yang dilaksanakan adalah mempergiatkan urusan pengusiran secara berkala ke negara asal terutamanya dalam konteks pandemik COVID-19. Bagi memastikan urusan pengusiran ini dapat dijalankan secara teratur dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh negara asal, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa mengadakan libat urus dengan kedutaan-kedutaan yang berkaitan.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme