Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Bhg 1] Ucapan YB Teresa Kok dalam perbahasan menjunjung kasih titah YDP Agong di Parlimen pada 8 Mac 2022

Posted on Tuesday, 08-03-2022 by Editorial Team

Tan Sri yang diPertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih titah ucapan YDP Agong, saya akan menumpukan ucapan saya kepada 4 isu:-
BANJIR KILAT di KL PADA 7 MAC 2022
***********************************************
Isu Pertama, pada petang semalam banjir kilat melanda Kuala Lumpur, banyak tempat di pusat bandar Kuala Lumpur termasuk di kawasan Parlimen saya ditengelami air. Banyak kereta rosak dan trafik di pusat bandar lumpuh. Di manakah Menteri Wilayah Persekutuan bila banjir berlaku dan apakah beliau lihat keadaan banjir dengan matanya sendiri?

Kenyataan lama YB Menteri yang bertarikh 25 November 2013 dalam MStar.com yang bertajuk “Pengurusan Banjir di Malaysia antara terbaik berbanding dengan negara lain termasuk Amerika Syarikat” telah bertular di media sosial semalam. Waktu itu, YB Arau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal bencana, sekarang beliau pegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Apakah YB Menteri masih percaya kenyataan lama beliau selepas beliau menyaksikan banjir kilat semalam, dan juga banjir kilat dalam bulan Disember tahun lepas?

Dalam mesyuarat YB Menteri WP dengan para Ahli Parlimen KL pada bulan lepas, saya terdengar Menteri berkata DBKL akan lulus lebih rumah mampu milik pencakar langit di Kuala Lumpur. Saya ingin minta beliau mengkaji semula kesemua cadangan projek berdensiti tinggi ini.

Dalam era perubahan iklim (climate change) ini, volum hujan akan lebih tinggi berbanding dengan era sebelum ini. Kesemua projek berdensiti tinggi tersebut akan menyumbangkan lebih banjir kilat di Kuala Lumpur kerana sistem perparitan di banyak tempat di Kuala Lumpur temasuk pusat bandar tidak diperbesarkan selama ini.

Sehubungan dengan itu, saya ingin minta Menteri WP berunding dengan Ahli Parlimen KL bila ingin meluluskan projek berdensiti tinggi, dan juga berunding dengan wakil rakyat Selangor bila projek yang berdensiti tinggi diluluskan di sempadan KL dan Selangor kerana trafik dari KL akan pergi ke Selangor juga.

Saya difahamkan Exco Selangor merangkap ADUN Kinrara YB Ng Sze Han telah mulis surat kepada YB Menteri tentang projek Rumahwip DBKL yang akan dijual dengan harga RM300k per unit di Bukit Jalil. Projek Rumahwip ini mempunyai dua blok, blok A mempunyai 38 tingkat dan 39 tingkat di Blok B. Setiap unit hanya diberi satu tapak letak kereta sahaja. Projek perumahan yang begitu tinggi density ini tentu akan menyumbangkan kesesakan trafik di kawasan DUN Kinrara.

Bukit Jalil terletak di kawasan Parlimen Seputeh tetapi saya langsung tidak tahu tentang projek rumahwip tersebut. Saya menyeru Menteri WP menjawab surat daripada exco Selangor tersebut dan DBKL haruslah mengadakan perbincangan dengan MPSJ, iaitu PBT yang mengawasi kawasan DUN Kinrara berkenaan isu trafik dan isu-isu lain.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme