Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Zuraida perlu terangkan maksud sebenar “under one roof” dalam wawancaranya di Thesundaily.my dan bukan menuduh saya tidak bagus dalam Bahasa Inggeris

Posted on Monday, 21-02-2022 by Editorial Team

Saya rasa lucu bila baca respons Menteri MPIC Zuraida Kamaruddin terhadap kenyataan saya berkenaan cadangan beliau untuk meletakkan MPOB, MPOC dan MPOCC di bawah satu bumbung (will be brought under one roof) dalam artikel yang disiarkan dalam Thesundaily.my pada 17 Februari 2022. (https:// http://www.thesundaily.my/…/zuraida-malaysia-seeks-new…)

Selepas saya mengeluarkan kenyataan akhbar dan menasihati beliau jangan buat demikian, Zuraida kemudian kata letak tiga agensi minyak sawit di bawah satu bumbung bukan bermakna mereka digabungkan.

Zuraida juga berkata “YB Teresa saya rasa pemahaman Bahasa Inggeris dia kurang sikit, saya cakap untuk letak bawah satu bumbung (under one roof) letak bawah satu bumbung bukan maknanya gabung, bawah satu bumbung itu dalam fizikal.”

Kalau ini bukan maksud beliau, apakah maksud sebenar Zuraida dalam kenyataannya “di bawah satu bumbung”?

Saya percaya Zuraida tahu MPOB, MPOC dan MPOCC sudahpun terletak dalam satu kementerian. Ini bermaksud ketiga-tiga agensi ini telahpun terletak di bawah “satu bumbung”.

Selain itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez juga berada dalam jawatankuasa pemegang amanah (Board of Trustee) MPOC dan MPOCC.

Dari segi Kementerian pula, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ravi Muthayah dan pegawai Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sago (BISS) Chua Choon Hwa masing-masing menjadi ahli Pemegang Amanah MPOC dan MPOCC. Manakala Timbalan Ketua Setiausaha Komoditi Kementerian, Mad Zaidi pula menjadi Ahli Lembaga Pengarah MPOB.

Ini bermaksud pegawai atasan ketiga-tiga agensi minyak sawit kini memang berhubung rapat dan saling berkait di bawah kementerian. Bukankah ini bermaksud mereka sudah berada di bawah satu bumbung?

Memandangkan Menteri Zuraida berkata pemahaman Bahasa Inggeris saya lemah sehingga saya tidak faham maksud sebenar beliau dalam wawancaranya dalam Thesundaily.my, dan beliau mungkin juga tidak faham kenyataan saya dalam bahasa Inggeris, jadi sekarang saya jawab dakwaan beliau dalam Bahasa Malaysia, dengan harapan beliau faham maksud saya bahawa MPOB, MPOC dan MPOCC memang telah lama berada “di bawah satu bumbung” (under one roof). 😊

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme