Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

“Kenapakah Kontrak Lebuhraya KL-Putrajaya Tidak Diumumkan?”

Posted on Thursday, 26-02-2009Thursday, 26-02-2009 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

TARIKH: 24 FEBRUARI 2009 (SELASA)

SOALAN :

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab Kerajaan enggan mengumumkan kontrak Lebuh Raya KL-Putrajaya. Adakah ini disebabkan oleh Syarikat Konsesi Lebuh Raya KL-Putrajaya tidak menunaikan janjinya untuk membina bahagian jalan yang menyambung Putrajaya ke KLIA sebagaimana yang termaktub dalam persetujuannya dengan Kerajaan.

 

JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mendedahkan semua perjanjian konsesi bagi lebuhraya yang telah beroperasi. Walaubagaimanapun, Kerajaan tertakluk kepada klausa “confidentiality’ yang mana persetujuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (Maju Expressway Sdn. Bhd) diperlukan sebelum Perjanjian Konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya didedahkan kepada umum. Syarikat konsesi tidak memberi persetujuan terhadap pendedahan perjanjian konsesi tersebut kepada umum.

Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Konsesi telah mematuhi semua spesifikasi yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

Berhubung dengan pembinaan Lebuhraya dari Putrajaya ke KLIA yang sepanjang 16 km, mengikut perjanjian konsesi, Syarikat hendaklah dalam masa 5 tahun daripada tarikh pewartaan kutipan TOL, mengemukakan laporan kepada Kerajaan berhubung pembinaan lebuhraya ini dari segi kewangan dan ekonomi, samada pembinaan lebuhraya ini ‘viable’ atau tidak.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme