Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan bertulis berkenaan jumlah penajaan dan perbelanjaan Pavilion Malaysia di Ekspo 2020 Dubai UAE. Berapa syarikat Malaysia menyertai pameran dalam Ekspo ini dan jangkaan urusniaga yang akan diperoleh dalam Ekspo ini.

Posted on Tuesday, 14-12-2021 by Editorial Team

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1.Pada masa ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menerajui penyertaan Malaysia ke Ekso 2020 Dubai yang telah bermula pada 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 dengan kerjasama Malaysia Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC), agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) selaku agensi pelaksana.
2.Penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai melibatkan pembinaan Pavilion Malaysia berkeluasaan 1,234.05 meter persegi dengan tema Energising Sustainability yang memberi focus kea rah mencerminkan komitmen Malaysia dalam pembangunan teknologi hijau sebagai pemangkin ke arah pembangunan ekonomi negara secara mampan.
3.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada tahun 2019 bagi menjayakan penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai adalah sebanyak RM 60 juta untuk pembinaan, persediaan dan pengoperasian Pavilion Malaysia. Kos ini merangkumi kos-kos reka bentuk, pembangunan serta pembinaan struktur pavilion, pemasangan lekapan dan kelengkapan multimedia, penyelenggaraan pavilion dan perpindahan keluar, pelaksaan aktiviti-aktiviti seperti showcase, urusan pengangkutan, tiket penerbangan, penginapan, majlis perasmian dan penutup, pocket talks, promosi dan media, aktiviti business-matching, aktiviti bulanan dan mingguan sepanjang tempoh enam (6) bulan Ekspo.
4.Ekoran daripada penangguhan akibat pandemik COVID-19, peruntukan tambahan sebanyak RM 10 juta telah diberikan yang merangkumi pelanjutan kontrak pekerja dan kontraktor, kos penyeleggaraan, keperluan bagi memenuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan oleh penganjur Ekspo dan kos-kos berkaitan.
5.Di samping itu, Pavilion Malaysia telah menerima penajaan dalam bentuk tunau dan bukan tunai sebanyak RM 30 juta daripada 12 organisasi. Dalam hal ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan 12 Majlis di bawahnya telah menjai penyumbang terbesar diikuti oleh Petronas dan Serba Dinamik Holdings Berhad.
6.Dalam hal ini, Kementerian menyasarkan untuk menjana nilai potensi perniagaan dan pelaburan antara RM 8 bilion hingga RM 10 bilion daripada kerjasama strategik dalam urusan pengkomersialan perniagaan (business leads) dan pemeteraian perjanjian persefahaman. Sasaran ini akan diraih melalui program-program perniagaan yang akan dilaksanakan setiap minggu sepanjang enam (6) bulan Ekspo berlangsung berdasarkan industri-industri yang telah dikenal pasti, termasuk sesi business matching, pocket talk dan sebagainya.
7.Susulan itu, seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 Disember 2021, penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai telah berjaya memperolehi nilai potensi perniagaan dan pulangan pelaburan melebihi RM 33.9 bilion hasil daripada 43 Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanfing, MoU), Memorandum Kerjasama (Memorandum of Cooperation, MoC) dan Surat Niat (Letter of Intent, LoI) serta 602 petunjuk perniagaan dengan beberapa syarikat antarabangsa dalam tempoh 8 minggu pertama penyertaan di Expo 2020 Dubai.
8.Penyertaan minggu pertama dan kedua Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai dengan tema “Commercialisation: From Lab to International” dan “Creating Tomorrow’s Sustainable Startups” yang diterajui MOSTI telah Berjaya memperoleh nilai potensi perniagaan dan pulangan pelaburan melebihi RM 12.6 bilion hasil daripada 14 Memorandum Persefahaman (MoU), 2 Memorandum Kerjasama (MoC) dan 3 Surat Niat (LoI) serta 132 petunjuk perniagaan.
9.Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pula menjadi hos di Pavilion Malaysia Expo 2020 Dubai bagi minggu ketiga, keempat dan kelima dengan tema “Green Technology Innocation”, “Climate Resilience & Sustainable Infrastructure” serta “Smart & Low Carbon Cities” bermula pada 17 Oktober hingga 6 November 2021. Sebanyak 10 Memorandum Persefahaman (MoU) / Memorandum Kerjasama (MoC) dan 6 surat Niat (LoI) serta 127 petunjuk perniagaan dengan jumlah potensi perniagaan berjumlah RM 16.2 bilion.
10.Kementerian Perdanganan Antarabangsa dan Industri (MITI) pula menjadi hos di Pavilion Malaysia Expo 2020 Dubai bagi minggu keenam, ketujuh dan kelapan dengan tema “Sustainable Financing”, “Halal” dan “Nothern Corridor Economic Region” bermula pada 7 November hingga 27 November 2021. Sebanyak 7 Memorandum Persefahaman (MoU) / Memorandum Kerjasama (MoC) dan 1 Surat Niat (LoI) serta 343 petunjuk perniagaan dengan jumlah potensi perniagaan berjumlah RM 5.1 bilion.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme