Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen YB Teresa Kok berkenaan Pembaharuan yang akan diadakan di Pejabat Peguam Negara (AGC)

Posted on Monday, 29-11-2021 by Editorial Team

TARIKH : 25 NOVEMBER 2021 (KHAMIS)

SOALAN PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pembaharuan yang akan diadakan di Pejabat Peguam Negara (AGC)? Apakah Kerajaan akan memisahkan peranan Peguam Negara dengan peranan Pendakwa Raya, yang mana Peguam Negara akan hanya menjadi anggota Jemaah Menteri dan penasihat undang-undang Kerajaan dan bebas daripada tanggungjawab pendakwa raya.

========================================================================

JAWAPAN YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara telah menjalankan Kajian Pengasingan Peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara yang merupakan inisiatif di bawah Tonggak 1 Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas. Inisiatif tersebut juga turut dimasukkan sebagai Perkara 4.1.5 Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Kajian terperinci tersebut telah melihat amalan terbaik global dan mengkaji secara mendalam sistem dan struktur pendakwaan di 9 buah negara.

Hasil kajian tersebut telah dimuktamadkan dan cadangan pindaan Perlembagaan serta undang-undang lain yang berkaitan juga telah dikenal pasti. Turut disediakan dalam laporan kajian tersebut ialah struktur Pejabat Pendakwa Raya yang akan ditubuhkan kelak. Seperti YB sedia maklum inisiatif ini turut berada dalam NACP dan tempoh pelaksanaan NACP adalah sehingga 2023. Apabila laporan kajian ini siap sepenuhnya, ia akan dibentangkan kepada kerajaan semula untuk keputusan sama ada akan melaksanakan agenda yang berkaitan cadangan memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Memandangkan cadangan pemisahan ini memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, maka Kerajaan perlu berhati-hati dalam perkara yang menyentuh kuasa Pendakwa Raya di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan keanggotaan Pendakwa Raya dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan di bawah Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya, isu sama ada terdapat halangan dalam melaksanakan pengasingan jawatan Pendakwa Raya dan Peguam Negara masih belum dapat dikenal pasti dan juga keperluan untuk meletakkan Pendakwa Raya di bawah kuasa Parlimen dan bukan Perdana Menteri belum dapat dimuktamadkan sehingga diadakan pembentangan hasil kajian kepada pihak Kerajaan.

Berhubung dengan cadangan supaya Peguam Negara menjadi anggota Jemaah Menteri, Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang anggota Jemaah Menteri untuk dilantik sebagai Peguam Negara sekiranya calon tersebut memenuhi prasyarat kelayakan seorang hakim Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan, syarat kelayakan seseorang untuk dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah seperti yang berikut:
(a) seorang warganegara; dan
(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya, dia telah menjadi peguam bela bagi mahkamah-mahkamah itu atau manamana satu daripada mahkamah itu, atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam bela dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.

Sebagai maklumat tambahan, setakat ini dua orang anggota Jemaah Menteri pernah dilantik sebagai Peguam Negara iaitu Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir bin Yusof (1963-1977) dan Tan Sri Datuk Hj Hamzah bin Datuk Abu Samah (1977-1980).

 

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme