Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Berkenaan Bangunan Sekolah yang Terbengkalai selama 16 tahun di Danau Desa dalam Kamar Khas di Parlimen.

Posted on Saturday, 13-11-2021Monday, 15-11-2021 by Editorial Team

Pada 9 November 2021, saya bentangkan ucapan berkenaan bangunan sekolah yang terbengkalai selama 16 tahun di Danau Desa dalam Kamar Khas di Parlimen.

Ucapan saya adalah seperti berikut 👇

Apakah Status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana Yang Terbengkalai Lebih 16 Tahun di Taman Danau Desa di Kuala Lumpur

=====================================================================

Datuk yang diPertua, saya telah banyak kali membangkitkan isu tentang status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa di kawasan Parlimen saya yang terbengkalai dan dikosongkan sejak tahun 2005 atas sebab bangunan sekolah yang tidak selamat. Tapak sekolah itu terbiar akibat perebutan undang-undang di antara Kementerian Pendidikan dan kontraktor yang telah berlarutan lebih 15 tahun.

Jawapan Parlimen daripada Kementerian Pendidikan kepada saya pada 12-6-2014 menyatakan Kementerian Pendidikan telah menyerahkan kes ini kepada Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA). Pada 21 November 2012 yang KLRCA telah menolak tuntutan daripada pihak penuntut, iaitu Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Malaysia. Lanjutan kepada keputusan tersebut,

Kerajaan Malaysia dibenarkan membuat tuntutan balas terhadap pihak Penuntut untuk dikendalikan oleh kamar Jabatan Peguam Negara.

Jawapan Parlimen pada 12-6-2014 juga menyatakan “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses pelantikan perunding bagi tujuan menilai tuntutan ganti rugi kerosakan bangunan SK Danau Perdana. Peruntukan juga telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi urusan penempatan kawalan keselamatan dan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah berkenaan secara berkala (3 bulan sekali) bagi mengelakkan kawasan berkenaan dicerobohi dan dikotori.”

Datuk yang diPertua, saya bangkitkan pertanyaan tentang status sekolah ini hampir tiap-tiap tahun dan jawapan yang saya terima hampir sama setiap kali, iaitu kerajaan masih menunggu keputusan samada daripada Mahkamah ataupun KLRCA.

Setelah sekolah itu telah terbengkalai selama 16 tahun, tibalah masanya bagi Kementerian Pendidikan untuk membuat keputusan muktamad berkenaan isu ini.

Pertumbuhan penduduk di Kuala Lumpur telah menjadikan sekolah-sekolah di Kuala Lumpur semakin sesak dan Kementerian Pendidikan memang perlu membina lebih sekolah untuk mengatasi pertambahan murid-murid sekolah di persekitaran Taman Desa.

Saya menyeru Menteri Pendidikan boleh turun padang untuk melawat tapak sekolah terbiar ini dan menamatkan perebutan undang-undang dengan kontraktor berkenaan dalam masa terdekat.

****************************************************

Ucapan saya dijawab oleh timbalan menteri pendidikan YB Senator Mah Hang Soon seperti berikut 👇

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pada April 2015, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengadakan lawatan pemeriksaan di tapak dan telah membuat analisa bagi menyediakan laporan kajian keretakan bangunan bagi melihat hala tuju dan penyelesaian bagi isu ini.

Laporan lengkap telah diperoleh daripada pihak JKR pada 30 Jun 2015.

Berdasarkan laporan tersebut, pada April 2016, KPM telah bersetuju untuk membuat tuntutan ganti rugi kepada pihak kontraktor yang telah dilantik iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) dan telah melantik arbitrator untuk tujuan berkenaan. Walau bagaimanapun, prosiding timbang tara berhubung isu tuntutan kuantum ganti rugi tidak dapat dimuktamadkan berikutan isu dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan.

Sehubungan itu, pada 14 Ogos 2018, KPM telah mengadakan mesyuarat bersama pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membincangkan isu tuntutan ganti rugi yang layak dituntut oleh KPM terhadap kontraktor DPMMKL. Pada Disember 2020, satu jawatankuasa rundingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPM bagi menyelesaikan kes ini di luar Tribunal Timbang Tara telah ditubuhkan.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengadakan rundingan penyelesaian kes dengan pihak DPMMKL mengenai jumlah ganti rugi munasabah yang akan dituntut oleh KPM.

Jawatankuasa rundingan ini akan bersidang pada hujung bulan November 2021. Sekian, terima kasih

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme