Pada petang 6 Oktober 2021, bila Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Zuraida memberitahu Dewan Rakyat dalam ucapan penggulungan perbahasan RMK12 bahawa anak syarikat Lembaga Lada Malaysia, SaraSpice yang ditubuhkan pada 2019 tidak buat apa-apa bisnes sehingga hari ini.
Saya sangat hairan dengar jawapannya. SaraSpice tak buat apa-apa selama dua tahun?? Ini menunjukkan bekas Menteri daripada PAS tidak buat kerja.
Pada waktu itu, Timbalan Menteri dari Puncak Borneo, Willie Morgin pun berdiri mempertahankan bekas menteri dari Kuala Nerus. Sebab Willie Mongin menunjukkan reaksinya kerana dia dipertugaskan untuk menjaga Lembaga Lada Malaysia.
Khairuddin dan Willie Mongin marah pada saya kerana mereka memang “tak buat kerja”! Siapa makan cili, dia rasa pedas!