Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Bhg 2] Perbahasan RMK12 YB Teresa Kok: “Net Zero Emissions” pada tahun 2050

Posted on Monday, 04-10-2021Saturday, 23-10-2021 by Editorial Team

KENAPAKAH KERAJAAN MENGUMUMKAN “NET ZERO EMISSIONS” PADA TAHUN 2050 SEBELUM KAJIAN TERPERINCI DILAKUKAN?

Datuk yang diPertua, Menteri Alam Sekitar dan Air telah mengeluarkan kenyataan pada 27 September bahawa Malaysia akan menuju ke arah sasaran “net-zero emissions” seawal-awalnya tahun 2050. Dalam kenyataannya, beliau berkata perincian langkah-langkah bagi mencapai sasaran ini akan diumumkan tertakluk kepada kajian strategi jangka masa panjang pembangunan rendah karbon (long term low emission development strategy, iaitu LT-LEDS) yang akan dimuktamadkan pada akhir 2022. Kajian ini akan menggariskan strategi dan tindakan bagi mitigasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) bagi sektor-sektor ekonomi utama negara dan ini akan menjadi asas untuk mentetukan hala tuju dan tahun sasaran “net zero” negara.

Soalan saya adalah, kerajaan Malaysia tidak pernah komited terhadap sasaran karbon neutral pada tahun-tahun yang lepas, kenapakah kerajaan sekarang mengumumkan sasaran “net zero” ini pada waktu di mana kajian strategi jangka masa panjang pembangunan rendah karbon tengah dijalankan dan hanya akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2022? Kenapakah kerajaan tidak mengumumkan sasaran “net zero” ini selepas kajian LT-LEDS dimuktamadkan? Ini adalah kerana kajian tersebut akan melibatkan keupayaan, jurang pencapaian (gaps) dan cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita? Kenapakah kita tidak tunggu selepas Global Stocktake exercise di bawah UNFCCC pada diumumkan pada tahun 2023? Kerana stocktake ini akan meliputi rancangan pengurangan emission setiap negara termasuk komitmen kewangan oleh negara-negara maju.

Negara jiran kita Indonesia mengumumkan ia akan capai sasaran “carbon neutral” pada tahun 2060 dan Negara Thai pada 2065 ataupun 2070. Pengumuman oleh Malaysia untuk mencapai “carbon neutral” pada 2050 sebenarnya adalah terlalu terburu-buru atau “ambitious” yang kelihatan tidak melalui proses dan kajian yang serius.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme