Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen: status terkini projek penanaman satu juta pokok jenis hutan di hutan simpanan kekal di Sabah yang diusaha-sama oleh MPOC & Jabatan Perhutanan Sabah.

Posted on Friday, 01-10-2021Friday, 22-10-2021 by Editorial Team

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman, projek penanaman satu juta pokok jenis hutan di hutan simpan kekal di Sabah kini di bawah tanggungjawab Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF).

1. Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF)
a) ditubuhkan di bawah Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC);
b) beroperasi sejak April 2021; dan c) ditubuhkan bagi menyokong usaha pemuliharaan hijau negara dan sebagai respon terhadap isu-isu dan tomahan kepada industri sawit negara

2. Keterangan Projek
a) Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) sebagai rakan strategik;
b) melibatkan kawasan seluas 2,500 hektar dan dijangka akan mengambil masa selama 10 tahun;
c) anggaran kos keseluruhan sebanyak RM25 Juta;
d) proses penanaman pokok bagi projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat pertama:
i. penanaman meliputi kawasan seluas 200 hektar di Lower Kawag, Hutan Simpan Ulu Segama, Lahad Datu, Sabah;
ii. anggaran kos sebanyak RM1.856 Juta dan kos-kos terlibat merangkumi:
a. penyediaan tapak;
b. mendapatkan 80,000 anak benih pelbagai spesis; dan
c. menanam serta penyelenggaraan seperti membaja, meracun, membina jalan dan menggantikan pokok-pokok mati.
e) projek ini juga melibatkan kerjasama dengan penduduk setempat di Kampung Tampenau di Lahad Datu, Sabah dalam mendapatkan bekalan anak benih spesis tempatan. Langkah ini dilihat dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
f) Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek bagi peringkat seterusnya akan dinilai dari semasa ke semasa mengambil kira kemajuan projek dan kedudukan kewangan yayasan.

3. Status Terkini:
a) projek sedang berjalan dan diteruskan seperti mana yang telah dirancang;
b) MPOGCF kini telah mendapatkan sebut harga melalui JPS dan dalam proses melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja di lapangan;
c) walau bagaimanapun, kerja-kerja sedia ada di lapangan terganggu berikutan pandemik Covid-19 dan peningkatan kes positif di Sabah; dan
d) projek akan diteruskan sebaik sahaja negara mencapai “Herd Immunity” serta kelonggaran untuk menjalankan projek dilapangan diberikan kelak. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan melalui MPOGCF telah merancang dan memperkemaskan lagi usahausaha berkaitan pemuliharaan hijau dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan serta pemain industri yang diharap akhirnya akan meningkatkan imej industri minyak sawit Malaysia di mata dunia.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme