Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan senarai program yang telah dilancarkan dalam Kempen Sawit Anugerah Tuhan dan perbelanjaan terlibat. Nyatakan impaknya terhadap Kempen Anti Sawit di Malaysia dan di luar negara.

Posted on Wednesday, 15-09-2021Monday, 20-09-2021 by Editorial Team

Tuan Yang Di-Pertua,

Senarai program yang telah dilancarkan dalam Kempen Sawit Anugerah Tuhan, perbelanjaan terlibat dan impaknya terhadap Kempen Anti Sawit di Malaysia dan di luar negara:
I. Kempen Sawit Anugerah Tuhan (SAT)
i. Kempen Sawit Anugerah Tuhan diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan sokongan teknikal daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang merupakan Agensi-agensi di bawah Kementerian saya.
ii. Tujuan utama kempen ini adalah:
a. menghargai sumbangan besar industri minyak sawit kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar;
b. meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia; dan
c. menangkis kempen-kempen anti-minyak sawit.
iii. Kempen SAT melibatkan pelbagai aktiviti di dalam dan di luar negara. Platform internet telah digunakan secara meluas terutama sekali ketika pandemik COVID-19 melanda dunia pada ketika ini.
iv. Peruntukan untuk kempen SAT adalah sebanyak RM6 juta iaitu meliputi peruntukan sebanyak RM5.45 juta untuk aktiviti di dalam negara dan RM0.55 juta untuk aktiviti luar negara. Sehingga kini, sebanyak RM2.04 juta telah dibelanjakan oleh MPOC di bawah kempen
SAT. II. Program Yang Telah Dilancarkan Di Bawah Kempen SAT
i. Pelancaran Kempen SAT telah diadakan pada 10 Februari 2021;
ii. Program Laman Sesawang, Media Sosial dan Digital dan Peraduan Dalam Talian dilaksanakan menerusi pelancaran laman sesawang www.sawit.com.my pada 10 Februari 2021. Sehingga kini, laman sesawang tersebut telah merekodkan lebih 360,000 orang pengunjung dan lebih 60 ribu penyertaan peraduan;
iii. Ceramah secara maya turut diadakan di 11 buah universiti. Tajuk-tajuk ceramah yang dipilih adalah bersesuaian dengan bidang pengajian merangkumi aspek nutrisi, kulinari dan aplikasi minyak sawit dalam makanan dan bukan makanan;
iv. Video-video yang telah dihasilkan adalah mengenai Kempen SAT, pekebun kecil, nutrisi, kemampanan, Video Merdeka Agrikomoditi dan video demo penggunaan minyak sawit;
v. Program Media Elektronik menyasarkan ativiti seperti Program Masak-masak Dengan Minyak Sawit dan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom sebanyak 29 episod pada bulan Ramadan;
vi. Program Bahan Bercetak melibatkan cetakan pelbagai bunting dan risalah bagi edaran untuk merancakkan lagi Kempen SAT. Bunting dipasang di bangunan Kementerian dan juga diedarkan kepada para pemain industri untuk diletakkan di premis masing-masing. Risalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia juga telah dicetak untuk edaran di dalam dan di luar negara; dan
vii. Selain program-program di atas, pelbagai program lain seperti Pertandingan Fotografi Antarabangsa World Palm Portraits, penajaan aktiviti, pemberian cenderamata, pengiklanan luar rumah (di billboard dan gerabak MRT / LRT) dan Program Promosi SAT di luar negara turut diadakan.
III. Impak
i. Secara amnya, Kempen SAT menunjukkan impak positif di mana terdapat peningkatan kesedaran orang ramai di dalam dan luar negara.
ii. Namun, Kempen SAT ini tidak boleh dilihat secara berasingan dengan program-program lain seperti tindakan undangundang di bawah Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) dan program-program lain di bawah kempen anti-minyak sawit di Eropah.
iii. Program-program lain ini akan menyokong Kempen SAT dan memperlihatkan kesungguhan Malaysia dalam menangani kempen negatif ke atas minyak sawit secara keseluruhan.

Sekian terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme