Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Penghantaran 160 set bakul makanan kepada penduduk di Taman Hock Ann di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Posted on Friday, 30-07-2021Wednesday, 04-08-2021 by Editorial Team

Pagi tadi, 10 anggota Unit Tindak Pusat Khidmat Seputeh dan saya hantar 160 set bakul makanan kepada penduduk di Taman Hock Ann di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disebabkan peningkatan kes wabak Covid.

Menurut pegawai Jabatan Kebajikan, Encik Saiful, terdapat 160 unit rumah dan 851 orang penduduk di Taman Hock Ann. 90% penduduk di taman itu adalah pekerja asing.
Pegawai Jabatan Kesihatan tengah menjalankan saringan Covid secara peringkat terhadap semua penduduk di Taman itu.
Setakat semalam, saringan telah dilakukan terhadap 350 orang penduduk, dan 214 orang disahkan Covid positif. Satu angka yang amat menakjubkan.

Bakul makanan yang kami hantar pada pagi tadi adalah beras, telur, bihun, ubi kentang, bawang, sayur-sayuran dan lain-lain. Sayur-sayuran diderma oleh penjaja di Pasar Borong Selayang.

Pegawai Jabatan Kebajikan menghantar makanan kering kepada penduduk di setiap unit rumah 3 hari sekali. Mereka akan edarkan makanan yang kami bawa kepada penduduk-penduduk di taman itu.

Memandangkan PKPD di Taman Hock Ann hanya akan berakhir pada 7 Ogos, sekiranya sesiapa penduduk berminat untuk menderma makanan kepada penduduk di sini, mereka boleh menghubungi pusat khidmat saya supaya kami masukkan dalam beg plastik bersama dengan makanan lain.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme