Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kerajaan diseru Menggunakan Kutipan Duti Eksport Minyak Sawit Mentah (MSM) dan Cukai Untung Luar Biasa (Windfall Tax) Untuk Memberi Subsidi Kepada Minyak Masak 2kg ke Atas, di samping Mengadakan Dasar Baru Atas Subsidi Minyak Masak Tempatan

Posted on Monday, 14-06-2021Monday, 05-07-2021 by Editorial Team

Kerajaan diseru Menggunakan Kutipan Duti Eksport Minyak Sawit Mentah (MSM) dan Cukai Untung Luar Biasa (Windfall Tax) Untuk Memberi Subsidi Kepada Minyak Masak 2kg ke Atas, di samping Mengadakan Dasar Baru Atas Subsidi Minyak Masak Tempatan

Pemanjangan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mencegah pandemik Covid telah menyebabkan ramai orang hilang pendapatan dan jatuh dalam kancah kemiskinan. Kehidupan mereka bertambah susah bila harga sesetengah barang keperluan seperti minyak masak melambung naik. Kenaikan harga minyak masak juga boleh meningatkan harga makanan yang bergantung kepada minyak masak.

Salah satu topik yang hangat dibincangkan oleh orang ramai ialah harga minyak masak 5kg telah meningkat lebih daripada RM10 sebotol berbanding dengan dua tahun yang lepas disebabkan kenaikan harga minyak Sawit Mentah (MSM) yang telah melebihi RM4,200 sejak bulan lepas.

Industri Minyak Sawit Malaysia adalah industri yang menyumbang paling banyak cukai kepada kerajaan. Selain daripada cukai pendapatan syarikat minyak sawit di setiap tahap industri ini, kerajaan juga mengenakan ses sebanyak RM16 untuk setiap tan MSM serta mengutip duti ekspot MSM dan Levi Keuntungan Luar Biasa (Windfall Profit Levy) bila harga MSM melebihi RM2,250 dan RM2,500 per metrik tan, masing-masing.

Anggaran RM1 bilion dikutip Daripada Duti Eksport MSM Bagi 2021
Harga MSM pada tahun ini secara amnya melebihi RM3,450 per metrik tan. Ini membenarkan kerajaan mengenakan duti eksport MSM sebanyak 8%. Berdasarkan maklumat kuantiti ekspot MSM serta nilai purata bulanan MSM di laman sesawang MPOB, jumlah anggaran duti ekspot MSM yang boleh dikutip oleh kastam Malaysia daripada Januari hingga Mei pada tahun ini adalah sekitar RM564,816,356. Sekiranya harga tinggi MSM berterusan, maka kerajaan mampu mengutip melebihi RM1 billion duti eksport MSM bagi seluruh tahun 2021 (Pengiraan berdasarkan maklumat terbuka di kastam dan laman sesawang MPOB).

Anggaran RM1 bilion dikutip Daripada Levi Keuntungan Luar Biasa Bagi 2021
Mengikut kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali yang bertarikh 8 Mei 2021 (Sinar Harian Online), kerajaan dijangka akan dapat mengutip RM298 juta levi keuntungan luar biasa daripada industri minyak sawit dalam penggal pertama tahun 2021. Manakala Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata kutipan levi keuntungan luar biasa dijangka akan mencecah RM1 bilion pada tahun ini (BH Online, 2 Mei 2021).
Anggaran tersebut menunjukkan kerajaan akan dapat mengutip lebih kurang RM2 bilion daripada duti eksport MSM dan levi keuntungan luar biasa dalam industri minyak sawit pada tahun 2021 ini.

Kerajaan Harus Menggunakan Kutipan Cukai Minyak Sawit Untuk Subsidi Minyak Masak Malaysia
Selama ini, kerajaan memberi subsidi minyak masak bila harga RBD Olein sawit melebihi RM2,300 per tan metrik, tetapi subsidi ini hanya diberi kepada minyak masak 1kg polibeg sahaja tetapi bukan minyak masak 2kg – 5 kg dalam botol.
Harga minyak masak dalam botol 5 kg melonjak naik melepasi harga antara RM30 hingga RM32.70 sebotol berbanding hanya RM20 hingga RM23 sebotol pada pertengahan 2019. Peningkatan harga ini mendatangkan sungutan daripada pengguna dan ia menambahkan beban mereka.

Mengikut laporan akhbar di BH Online pada 10 Jun 2021, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerajaan memberi subsidi kepada 60,000 metrik tan dalam bentuk 60 juta polibeg sebulan kepada rakyat Malaysia, dan ini mencukupi untuk 32.7 juta orang dengan kadar penggunaan 1.7kg seorang setiap bulan.

Tibalah masanya bagi KPDNHEP untuk mengkaji keberkesanan subsidi minyak masak dalam bentuk 1kg polibeg ini kerana banyak ketirisan dari segi pengedaran dan penjualan, sehingga ia tidak sampai kepada ramai warga yang memerlukan khususnya golongan B40, tetapi minyak yang bersubsidi itu digunakan oleh penjaja dan malahan pengusaha restoran.

Sehubungan dengan itu, tibalah masa bagi kerajaan mengeluarkan dasar baru, iaitu memberi subsidi kepada semua syarikat pengeluaran minyak masak bila harga MSM meningkat melebihi RM3,500, supaya kerajaan boleh menetapkan harga siling bagi minyak masak yang berbotol daripada 2kg – 5kg yang dikeluarkan di negara kita, sebagai langkah untuk mengawal inflasi.

Malaysia adalah negara pengeksport minyak sawit yang kedua besar di dunia. Memandangkan industri minyak sawit menyumbang pelbagai jenis cukai yang berjumlah berbilion-bilion ringgit kepada kerajaan, maka kerajaan haruslah menggunakan peningkatan cukai yang dikutip daripada industri ini untuk mensubsidi minyak masak keluaran tempatan di negara kita, khususnya pada waktu bila harga .

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme