Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kementerian Kesihatan digesa mencontohi kejayaan Negara China mengawal penyakit Covid-19 dengan menggunakan ubat tradisi Cina sebagai salah satu langkah untuk mengawal penularan wabak Covid-19

Posted on Saturday, 08-05-2021Friday, 28-05-2021 by Editorial Team

Malaysia tengah menghadapi peningkatan pesakit Covid-19 dengan kadar yang menakjubkan. Setakat 7 Mei 2021, mengikut laporan MYSejatera, kes baru Covid-19 telah mencecah 4,498, sementara jumlah kes aktif mencapai 34,789, tahap yang amat tinggi.

Peningkatan kes baru ini telah menyebabkan banyak hospital kerajaan dan swasta dipenuhi oleh pesakit Covid dan menghadapi masalah kekurangan katil pesakit, khususnya di unit kecemasan (ICU) di banyak hospital.

Dalam keadaan yang kritikal ini, saya ingin menyeru kerajaan merujuk kejayaan Negara China untuk menangani wabak Covid. Mengikut laman web penyakit covid di laman web: worldometers.info/coronavirus/country/china, negara yang mempunyai penduduk 1.4 billion hanya mempunyai 300 kes yang aktif setakat 22 April 2021, di antaranya 299 adalah simptom ringan.

Salah satu sebab Negara China berjaya mengatasi penularan wabak Covid adalah kerana negara itu menggunakan perubatan tradisi China (TCM) untuk mengubati pesakit Covid-19, TCM juga menunjukkan keberkesanan yang amat tinggi untuk mengatasi wabak Covid.

Mengikut laporan agensi berita China, CGTN, kerajaan China telah meluluskan 3 jenis ubat TCM yang berpaten sebagai ubat yang boleh mengubati Covid-19, iaitu Jinhua Qinggan granules, Lianhua Qingwen capsules, dan suntikan Xuebijing. Ketiga-tiga jenis ubat ini telah dijalani ujian klinikal dan didapati berkesan mengurangkan simptom demam dan keradangan pesakit Covid. Ubat-ubat ini juga telah luas digunakan untuk mengubati 70,000 pesakit Covid di seluruh China. (https://news.cgtn.com/…/Beijing-approves-TCM…/index.html)
Walau bagaimanapun, saya difahamkan ketiga-tiga jenis ubat TCM tersebut masih belum diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Dengan itu, doktor di hospital tempatan pun tidak dapat menggunakan ubat-ubat TCM tersebut untuk mengubati pesakit Covid-19. Ubat-ubat TCM tersebut hanya digunakan oleh pesakit yang tahu keberkesanannya secara persendirian sahaja.

Sehubungan dengan itu, walaupun pakar TCM Negara China telah melawat Malaysia dan menawarkan perkhidmatan/bantuan kepada Malaysia pada bulan April tahun 2020, tetapi Kementerian Kesihatan tidak terima tawaran perkhidmatan mereka. ( http://www.xinhuanet.com/english/2020-04/23/c_138999887.htm )

Selain itu, Presiden Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupuntur Malaysia Professor Dr Ng Po Kok juga pernah mengeluarkan kenyataan dan menulis surat kepada Kementerian Kesihatan untuk mencadangkan Kementerian Kesihatan menggunakan TCM untuk mengubati pesakit Covid-19, tetapi cadangan persatuan ini juga tidak diterima oleh Kementerian Kesihatan. ( https://m.malaysiakini.com/news/523059)

Memandangkan wabak Covid-19 telah menular dengan kadar yang membimbangkan di seluruh negara, saya ingin minta kerajaan mempelajari dan mencontohi kejayaan Negara China mengubati Covid-19 dan mengawal penularan wabak ini.

Saya bercadang Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan doktor TCM di Malaysia dengan di beberapa pusat kuarantin ataupun hospital sebagai permulaan. Sekiranya TCM didapati berkesan, maka Kementerian boleh memperkenalkan TCM di hospital-hospital lain.

Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh
8 Mei 2021

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme