Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kenyataan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 28 Mei 2021 (Jumaat) di Kuala Lumpur

Posted on Friday, 28-05-2021 by Editorial Team

Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi (MPIC), Khairuddin Aman Razali Wajib Menjelaskan Sebab Mengapa Beliau Membatalkan Moratorium Ke Atas Penjualan/Sewaan Semua Hartanah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Menjual dan Memajak 2 Tanah Yang Bernilai Tinggi Di Jalan Ampang Kuala Lumpur

=============================================================================

Saya berasa amat terganggu dengan maklumat yang kini sedang tular di media sosial berkenaan pembatalan moratorium penjualan dan pembangunan semua hartanah di bawah Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti yang diarah oleh saya semasa saya pegang jawatan Menteri Industri Utama.

Saya terkejut apabila membaca surat yang dikeluarkan oleh MPIC dan pejabat Menteri MPIC kepada Ketua Pengarah LGM, Dato’ Dr Zairosani Mohd Nor untuk mengarah beliau untuk membatalkan moratorium penjualan dan pajakan hartanah berikut dan menjalankan urusan:

(I) Pajakan lot 20013 (lot lama 76) di Jalan Ampang kepada satu yayasan yang rapat dengan PAS, Al-Noor Foundation pada kadar di bawah harga pasaran, iaitu RM0.70 per kaki persegi (harga pasaran ialah RM2.50 per kaki persegi); dan

(Ii) Menjual tanah yang mempunyai 8.8 ekar tanah perdana yang merupakan tanah warisan di Jalan Ampang pada harga RM1,032.92 per kaki persegi(harga pasaran adalah RM1,400 per kaki persegi), yang berada di bawah harga pasaran kepada syarikat Eurowhite Sdn Bhd.

Sekiranya dokumen dan dakwaan di atas adalah benar, Menteri MPIC Khairuddin Aman Razali wajib segera menjelaskan mengapa beliau mengarah penjualan dan pajakan tanah perdana LGM di bawah harga pasaran itu.

Sebelum saya meninggalkan MPI, rezab wang tunai LGM adalah RM 1.5 billion dan LGM berada dalam keadaan kewangan yang sihat. Ini boleh disahkan oleh bekas Pengerusi LGM, Datuk Sankara Nair. Saya pernah mengarahkan Datuk Sankara Nair untuk mengenakan moratorium penjualan semua hartanah milikan LGM kerana saya mahu LGM untuk kembali ke objektif asal LGM iaitu memberi fokus terhadap penyelidikan getah dan tidak beralih daripada objektif ini.

Khairuddin mesti faham semua dana LGM dipunyai oleh industri dan juga orang awam. Beliau mesti memberi justifikasi sekiranya ingin menyentuh urusniaga hartanah LGM. Beliau tidak harus campur tangan dalam keputusan LGM.

Memandangkan kesemua penjualan badan berkanun seperti LGM mesti diluluskan oleh kabinet, Perdana Menteri Tan Sri Muhiydin dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mesti mengambil perhatian kesemua aduan yang tular dalam media sosial dan mengarahkan siasatan dengan segera.

Penafian LGM dalam kenyataannya hari ini adalah agak kabur dan merupakan gimik sahaja. Surat-menyurat rasmi oleh MPIC dan pejabat MPIC yang tular di media sosial haruslah disiasat oleh SPRM.

TERESA KOK
Mantan Menteri Industri Utama
Ahli Parlimen Seputeh
28 Mei 2021

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme