Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

KPKT, DBKL, Bomba & Semua Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri (JMB) diminta menjalankan pemeriksaan sistem pemadaman kebakaran di semua pangsapuri dan bangunan tinggi

Posted on Friday, 23-04-2021Friday, 23-04-2021 by Editorial Team
Kebakaran yang berlaku di Kondominium Bukit OUG semalam amat dahsyat dan membimbangkan ramai yang duduk di pangsapuri. Klip kebakaran ini telah menular di media sosial sejak semalam.
Hari ini saya melawat tapak kebakaran di tingkat 12 di Blok 9 di Kondominium Bukit OUG dan berjumpa dengan pengurus Pengurusan kondominium Encik Charles Ho dan juga beberapa anggota persatuan penduduk.
Mereka berkata salah seorang penghuni yang terlibat telah dimasukkan ke hospital kerana ditimpa kebakaran. Mereka juga kata tuan rumah yang terlibat tidak tahu punca kebakaran. Tuan rumah di unit yang menimpa 90% kebakaran tengah tidur bila kebakaran berlaku semalam.
Mereka juga memberitahu saya anggota bomba tidak dapat menggunakan sistem paip air bagi pemadaman api (dry riser hose reel system) kerana tekanan air yang rendah, anggota bomba terpaksa menggunakan “Sky Lift”, iaitu kereta bomba bertangga untuk memadamkan api di tingkat ke-12 tersebut.
Bomba mampu memadamkan api dengan menggunakan “Sky lift” kerana unit yang terbakar adalah di tingkat 12. Sekiranya kebakaran berlaku di tingkat yang lebih tinggi yang mana tidak dapat dicapai oleh “Sky lift”, kebakaran mungkin tidak dapat dipadamkan dengan mudahnya.
Saya rasa bimbang tentang keselamatan banyak pangsapuri tinggi dan pencakar langit di Kuala Lumpur dan Selangor, apakah bangunan-bangunan ini selamat sekiranya berlaku kebakaran? Bila DBKL dan kerajaan tempatan meluluskan pembinaan bangunan-bangunan tinggi ini, apakah mereka mengambil kira isu tentang keselamatan bangunan dan penduduk bila berlakunya kebakaran.
Saya ingin menyeru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), DBKL, Bomba prihatin tentang isu ini. Agensi-agensi ini haruslah memantau fungsi sistem pemadaman api di setiap rumah pangsa dan bangunan tinggi komersial.
Selain itu, semua pengurusan pangsapuri dan bangunan tinggi juga diseru menjalankan semakan alat-alat pemadaman api di bangunan mereka masing-masing, untuk memastikan sistem pemadaman api di bangunan mereka berfungsi sekiranya berlaku kebakaran.
Pusat khidmat saya akan menghubungi pihak bomba untuk memberi latihan menghadapi kebakaran kepada penduduk pangsapuri di kawasan Parlimen saya.
Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh
https://www.teresakok.com/wp-content/uploads/2021/04/Sequence-01_4.mp4

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme