Soalan: PUAN TERESA KOK SUH SIM[SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai kapasiti dan bilangan banduan di setiap penjara setakat Oktober 2020 di seluruh negara
Jawapan: Tuan Yang Di Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistic Penjara Malaysia pada 30 Oktober 2020, jumlah banduan yang terdapat di 39 buah institusi penjara adalah seramai 65,509 banduan iaitu 19,089 (41.21%) melebihi kapasiti 46,420 banduan