SOALAN NO: 476
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
SOALAN
PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik aduan berkenaan penyelewengan kuasa oleh pegawai Kerajaan dalam tempoh PKPD dan PKPB yang diterima oleh SPRM setiap bulan dalam tahun 2020.
JAWAPAN : YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPRM telah menerima sebanyak 3,919 maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan oleh penjaway awam sepanjang tempoh PKPD dan PKPB yang dilaksanakan pada bulan Mac sehingga September 2020.
Pecahan jumlah maklumat adalah seperti berikut:
BULAN JUMLAH MAKLUMAT
MAC 510
APRIL 279
MEI 275
JUN 758
JULAI 962
OGOS 542
SEPTEMBER 593
JUMLAH 3,919