Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan Jumlah Pekerja Asing yang telah dipulangkan dan Jumlah yang berada di Malaysia (18 Nov 2020)

Posted on Thursday, 19-11-2020 by Editorial Team

SOALAN

PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang telah dipulangkan ke negara asal dan jumlah yang berada di Malaysia menjadi pendatang asing tanpa izin selepas lesen jumlah pekerja asing yang telah dipulangkan ke negara asal syarikat ‘outsourcing’ dibatalkan oleh KDN pada tahun 2018.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Pertama, Bil. 1/2018 bertarikh 24 Oktober 2018 telah menetapkan secara dasarnya supaya perkhidmatan outsourcing ditamatkan dan diadakan sesi libat urus Bersama syarikat outsourcing ditetapkan.

Susulan itu, sebanyak 66 syarikat outsourcing (23.7%) daripada keseluruhan 279 syarikat outsourcing telah mengemukakan permohonan tukar majikan kepada majikan principal kepada pihak Kementerian. Jumlah ini melibatkan seramai 3,363 pekerja asing (23%)  dari 14,610 jumlah keseluruhan pekerja asing yang dimiliki 279 syarikat outsourcing (data MyIMMs sehingga 4 Januari 2019). Pekerja asing ini telah berada lama di negara ini dan kebanyakannya telah memasuki tempoh penggajian tahun ke 8, 9 dan 10 di bawah syarikat outsourcing.

Manakala seramai 8,885 pekerja asing di bawah syarikat outsourcing telah dihantar pulang (61%).

Sehubungan itu, lesen kesemua 279 pemegang lesen syarikat outsourcing telah ditamatkan pada 31 Mac 2019 dan mana-mana pekerja asing yang tidak terlibat dalam proses pertukaran majikan atau penghataran pulang dikategorikan sebagai PATI.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme