Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan cara Jabatan Imigresen menangani pendatang asing

Posted on Tuesday, 17-11-2020 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan cara Jabatan Imigresen menangani pendatang asing tanpa izin yang sakit termasuk penyakit COVID-19 dan ingin pulang ke negara asal mereka. Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan di pusat tahanan imigresen selepas berlakunya peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Mohon izin supaya soalan daripada YB Seputeh ini dijawab bersekali dengan soalan bernombor 12814 daripada YB Johor Bahru memandangkan kedua-dua soalan yang diutarakan menyentuh isu yang sama iaitu tindakan mencegah penularan wabak COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen dalam kalangan tahanan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memandang serius berkenaan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini terutamanya semasa krisis dan penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada Ketika ini. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Op Benteng dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan secara bersepadu melalui kerjasama pelbagai Agensi / Jabatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan AM (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mana ditugaskan untuk menyekat kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan. Bermula dari 1 Mei 2020 sehingga 2 November 2020, Op Benteng telah merekodkan tangkapan berjumlah 7,928 orang PATI daripada pelbagai warganegara.
KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut sentiasa memastikan tahap kesihatan yang baik di kalangan tahanan di Depot Tahanan Imigresen. Dengan peningkatan jumlah tahanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak JIM mengambil langkah-langkah mengekang penularan wabak COVID-19 di kalangan tahanan dengan mewujudkan Standard Operating Procedure (SOP) termasuk mewajibkan saringan COVID-19 ke atas semua tahanan baharu yang memasuki Depot Tahanan Imigresen.

Selain itu, saringan gejalan seperti demam, batuk dan selsema akan dilaksanakan secara berkala terhadap semua tahanan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Depot Tahanan Imigresen. Tahanan yang mempunyai gejala akan diasingkan dan segera dibawa ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan rawatan. Pihak JIM turut mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Penjara Malaysia untuk menggunapakai fasiliti penjara dan fasiliti lain bagi tujuan penempatan tahanan imigresen untuk mengelakkan kesesakan yang terlalu tinggi di Depot Tahanan Imigresen sedia ada.

Bagi memastikan tahap kesihatan para tahanan sentiasa dalam keadaan baik, pihak JIM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menempatkan Penolong Pegawai Perubatan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara bagi memberikan rawatan awal kepada tahanan. Klinik kesihatan yang berhampiran telah dikenalpasti dan dipilih oleh KKM bagi memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Depot Tahanan Imigresen serta berperanan sebagai pusat rujukan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik dan sebagai pembekal keperluan perubatan ke depot-depot. Pemantauan kesihatan secara berkala turut dilakukan oleh KKM ke Depot Tahanan Imigresen dari semasa ke semasa.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme