Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Berkenaan Kajian Buluh yang akan dijalankan di Pusat Penyelidikan Buluh di Dataran Tembusu di Terengganu (5 Nov 2020)

Posted on Monday, 09-11-2020Monday, 09-11-2020 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apa jenis kajian buluh yang akan dijalankan di pusat penyelidikan buluh di Dataran Tembusu di Terengganu. Apakah agensi yang menyumbangkan dana dan kajian dalam projek ini.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, buat masa ini tiada Pusat Penyelidikan Buluh di Dataran Tembusu, Terengganu dan tiada kajian buluh dijalankan di Dataran Tembusu. Walau bagaimanapun, Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) kini sedang membangunkan dokumen manual mengenai aplikasi buluh dalam industry pembinaan iaitu “Manual Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan” yang dibiayai di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) melalui projek Pembangunan Standard dan Kejuteraan Kayu.

Objektif utama pembangunan manual ini adalah untuk mewujudkan bahan rujukan kepada industry perkayuan khusunya pemain industry buluh, pusat pengajian tinggi dan pemegang taruh yang terlibat dalam struktir pembinaan. Selain itu, manual ini juga akan digunakan oleh pihak yang melaksanakan aktiviti/kursus pembangunan modal insan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan pakar-pakar berkaitan struktur buluh dalam industry pembinaan. Di samping itu, projek ini juga akan menekankan aplikasi buluh dalam produk nilai tambah tinggi seperti penggunaan buluh sebagai lantai, bidai dan produk perabot dari buluh. Usaha untuk membangunkan manual aplikasi buluh ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meneroka potensi buluh sebagai sumber alternatif yang boleh memangkin ekonomi negara bagi tempoh jangka Panjang di samping mempelbagaikan produk berasakan perkayuan.

Buluh merupakan salah satu bahan yang berpotensi untuk struktur pembinaan di Malaysia. Aplikasi buluh dalam pembinaan mempunyai potensi yang tinggi kerana ia lebih ringan dari segi ketumpatan. Pembinaan bangunan dengan struktur buluh hanya memerlukan kegunaan tenagan yang minima dan mengeluarkan karbon dioksida yang lebih rendah serta berfungsi sebagaipenebat dan sokongan struktur.

Berdasarkan kepada kebaikan dan kelebihan buluh di dalam aplikasi pembinaan. Kementerian berpendapat bahawa pembinaan bangunan ikonik daripada buluh adalah bersesuaian dengan matlamat pembangunan industri buluh. Inisiatif ini adalah penting agan industri buluh dapat dibangunkan sebagai salah satu agrikomoditi bagi menjana pendapatan serta memberi manfaat kepada rakyat khususnya dan negara amnya.

Sekian, terima kasih

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme