Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kerajaan PN diminta jangan menggunakan Covid-19 untuk menakutkan pengundi Sabah di Semenanjung untuk balik ke Sabah membuang undi

Posted on Sunday, 13-09-2020Tuesday, 20-10-2020 by Editorial Team

Saya amat prihatin terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Dr Adham Baba bahawa Kementerian Kesihatan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas menjalankan urusan pilihanraya negeri Sabah.

Walaupun kenyataan ini kemudian dinafikan oleh Menteri Kanan Ismail Sabri, tetapi ia telah membangkitkan persoalan samada Kerajaan PN ingin menggunakan wabak Covid-19 sebagai alasan untuk menghalang pengundi Sabah untuk membuang undi di Sabah.

Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan bertarikh 12 September 2020, 293 kes dikesan positif Covid-19 (43 kes baharu), manakala 88 kes dikesan positif Covid-19 (1 kes baharu). Kes-kes aktif ini diletak di bawah Kluster Benteng LD.

Ini menunjukkan kes wabak Covid-19 yang meningkat di Sabah hanya tumpu di kluster yang berkaitan pusat tahanan PATI di Tawau dan Lahad Datu sahaja, bukan seluruh Sabah.

Jadi adalah tidak wajar bagi Dr Adham Baba untuk mencadangkan bahawa semua orang pulang ke Semenanjung selepas membuang undi dikehendaki menjalani kuarantin 14 hari.

Cadangan ini bukan sahaja menjejaskan pengundi Sabah di Semenanjung untuk pulang membuang undi tetapi ia juga akan menjejaskan kegiatan ekonomi dan juga pegawai kerajaan yang harus menjalankan urusan kerajaan di antara Sabah dan Semenanjung. Implikasi dasar ini memang sangat serius.

Saya ingin menyeru pihak kerajaan, khususnya anggota jemaah Menteri untuk memberi maklumat yang terperinci dan gambaran yang tepat tentang tempat yang berlakunya wabak covid-19, supaya urusan pilihanraya tidak akan dijejaskan.

Teresa KokAhli Parlimen Seputeh
13 September 2020
di Sandakan

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme