YB Teresa Kok telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Kementerian Industri Utama sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang: Sayangi Malaysiaku di Dewan Sawit MPOB, Ibu Pejabat Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di Bangi pagi tadi. Beliau juga mengambil kesempatan untuk melawat Galeri MPOB di mana berbagai jenis produk sawit telah dipamerkan.