YB MENTERI MENGHADIRI MAJLIS PENGHARGAAN MTIB
2hb OGOS 2018 : Menteri Industri Utama YB Teresa Kok telah menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) bagi tahun 2017 serta penghargaan kepada staf dan pesara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) hari ini.33
Seramai 36 orang warga kerja MTIB telah menerima APC. Majlis tersebut juga diadakan untuk meraikan mereka yang bersara dalam tempoh Januari hingga Julai 2018.
YB Teresa juga telah mengumumkan tiga ahli Lembaga MTIB yang baru, termasuk pengerusinya YB Wong Tack. Beliau turut bersuai kenal dengan kakitangan MTIB dan melawat pejabat MTIB.