Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Bumbung SRJK(C) Han Ming di Puchong Runtuh

Posted on Wednesday, 10-12-2008Thursday, 11-12-2008 by DAP Seputeh


Bangunan SRJK (C) Han Ming merupakan bangunan sekolah yang lama dan agak lapuk

Pada pagi 28 November 2008, bumbung yang diserangi oleh anai-anai di SJKC Han Ming di Batu 14, Puchong tiba-tiba runtuh. Saya diminta oleh lembaga pengarah sekolah tersebut untuk melawat sekolah tersebut. Saya difahamkan bahawa lembaga pengarah dan pihak sekolah tersebut telah lama memohon peruntukan daripada Jabatan Pelajaran di Selangor tetapi malangnya permintaan mereka diendahkan. Nasib baik bumbung itu jatuh pada waktu cuti, kalau tidak, ia tentu akan mencederakan guru dan murid-murid sekolah tersebut.

Pada keesokan harinya, saya pun tulis surat kepada Menteri Pelajaran Hishamuddin dan Timbalan Menteri Pelajaran YB Wee Ka Siong atas masalah tersebut. Di bawah adalah surat saya yang mana jelas keterangannya.

L
Kayu di bumbung yang diserangi anai-anai

1 Disember 2008

Kepada
YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Yang Berhormat,

Minta Memberi Peruntukan Untuk Membaiki Bumbung Yang Runtuh di SRJK (C) Han Ming, Batu 14 Puchong Dengan Segera

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bumbung di bilik darjah di SRJK (C) Han Ming di Batu 14, Puchong telah runtuh pada pagi 28 November 2008 akibat infestasi anai-anai, nasib baik keruntuhan berlaku pada masa cuti sekolah dan tidak mencederakan guru dan murid-murid.

3. Untuk makluman YB Dato’ Seri, walaupun bumbung hanya jatuh dalam satu bilik darjah sahaja, tetapi kesemua 5 bilik darjah yang bersambung tersebut telahpun mengalami infestasi anai-anai. Saya diberitahu bahawa pihak lembaga sekolah tersebut telah melaporkan masalah infestasi anai-anai kepada Jabatan Pelajaran sejak tiga tahun yang lepas dan mereka pernah memperingati pihak berkenaan beberapa kali tetapi kesalnya tiada sebarang langkah diambil oleh pihak Jabatan Pelajaran Selangor untuk memperbaiki bumbung di sekolah tersebut.


Barisan bilik darjah diserangi anai-anai

4. SRJK (C) Han Ming mempunyai 3,755 orang murid-murid dan bilik darjah yang sedia ada di sekolah tersebut memang tidak cukup untuk menampung murid-murid tersebut.
Barisan bilik darjah yang dialami infestasi anai-anai tersebut mestilah diperbaiki sebelum pembukaan sekolah pada 5 Januari 2009, sekiranya tidak, ramai murid-murid sekolah tidak dapat menyertai kelas di sekolah tersebut apabila sekolah terbuka pada tahun hadapan.

5. Sehubungan dengan itu, saya ingin memberitahu YB Dato’ Seri bahawa SRJK (C) Han Ming tengah memungut dana untuk membina bilik darjah baru. Lembaga sekolah tersebut memerlukan lebih kurang RM2.5 juta untuk membina blok bilik darjah baru di sekolah tersebut. Saya berharap YB Dato’ Seri boleh memberi peruntukan kepada sekolah tersebut untuk menyiapkan projek pembangunan tersebut demi menampung peningkatan murid-murid di sekolah berkenaan.

6. Dilampirkan bersama gambar foto tentang keruntuhan bumbung bilik darjah untuk rujukan YB Dato’ Seri. Tindakan yang pantas daripada pihak YB Dato’ Seri untuk memperbaiki dan memulihkan bumbung bilik darjah di sekolah tersebut adalah amat diperlukan dan didahulukan terima kasih.

…………………………………………..
YB Teresa Kok
Ahli Parlimen Seputeh
Exco Kerajaan Negeri Selangor

  • Education
  • About

    Teresa Kok

    About Teresa

    Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

    Learn More

    Recent Articles

    • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
    • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
    • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
    • (no title)
    • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
    • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
    • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
    • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
    • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
    • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
    • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
    • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
    • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
    • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
    • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

    Article Archives

    © 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme