Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Mahfuz tak ada dalam senarai calon PRU14

Posted on Wednesday, 08-11-2017 by -ec-

Mahfuz boleh mencari platform lain untuk bertanding pada PRU14 nanti, kata PAS Kedah.

PENDANG: PAS Kedah hari ini mengesahkan Datuk Mahfuz Omar tidak ada dalam senarai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Mahfuz boleh mencari platform yang lain untuk bertanding pada PRU14 nanti.

“Terpulang dekat dia. PAS ke Umno ke PPBM, MIC, DAP terpulang.

“PAS akan meletakkan calon PAS sendiri,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, Sarang Semut, Kedah.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kehadiran Mahfuz dan 3 pemimpin PAS pada Konvensyen Nasional 2017 Amanah di Alor Setar hari ini.

Mahfuz di konvensyen itu berkata mana-mana ahli PAS termasuk dirinya tidak perlu keluar daripada parti Islamis itu bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan.

Mengulas mengenai adakah Mahfuz akan dikenakan tindakan kerana kehadirannya di Konvensyen Amanah, Sanusi berkata bergantung kepada PAS Pusat.

“Orang macam ini tak perlu tindakan apa. Orang PAS tak rasa apa. Kita tak bincang pun, (Mahfuz) bukan berita lah.

“Sejak dia buat macam tu dia tak ada pengikut cuma 3 orang sahaja yang ikut dia.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi, Sanusi berkata, mereka akan bertanding di semua 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Kedah.

“Tapi bergantung pada PAS Pusat. Calon kita dah hantar,” katanya.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme