Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Tak sokong pesta arak, tapi jangan sekat pandangan

Posted on Friday, 22-09-2017Friday, 22-09-2017 by -ec-

Sebagai seorang warganegara yang mendukung hak bersuara dan hak untuk berbeza pendapat, saya secara peribadi tidak menyokong penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan di sebuah kawasan hipster kelas menengah di Kuala Lumpur dengan promosi besar-besaran.

Apatah lagi bagi saya seorang Muslim, gandingan istilah ‘pesta’ dan ‘arak’ memberi konotasi yang negatif.

Pun begitu, dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh sama sekali menyekat pandangan-pandangan samada pro atau kontra dalam isu ini.

Namun ia perlu disantuni dengan penuh berhemah.

Isu seperti ini perlu ditangani menerusi ruang diskusi yang rasional, tidak emosi dan menghormati kepercayaan serta kepelbagaian budaya di negara kita.

Lebih utama, ia tidak wajar dijadikan alat untuk menunjukkan ‘siapa lebih juara’, tetapi perlu dilihat dari pelbagai aspek yang memerlukan pendekatan profesional termasuk dari kacamata undang-undang tempatan dan sebagainya.

Saya berpendapat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga perlu mengadakan sesi perbincangan dan penerangan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jika kita gagal mengamalkan toleransi, kita akan turut gagal memupuk perpaduan.

Lebih malang jika pihak berkuasa tempatan yang dibiayai wang cukai rakyat pelbagai agama dan bangsa dilihat berat sebelah dan gagal menjalankan tugas mengambil kira kepentingan pelbagai pihak secara rasional dan profesional.

Sebarang bentuk tindakan memanipulasi isu ini untuk menjolok sensitiviti di kalangan rakyat bagi mencapai kepentingan tertentu samada oleh individu mahupun mana-mana parti politik adalah tidak wajar sama sekali dan perlu dihentikan segera.

Setelah 60 tahun merdeka, saya amat yakin dengan kerukunan rakyat berbilang latar di negara ini yang boleh hidup harmoni serta saling menghormati.

Asalkan tiada yang berniat buruk dan sengaja menyemai kebencian, keharmonian ini pasti dapat dikekalkan tanpa sebarang prejudis.
SHEIKH OMAR ALI adalah Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor.
Read more at https://m.malaysiakini.com/letters/395637#vh5cAiFpjQUuYtaD.99

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme