Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Amaran kepada MCA

Posted on Saturday, 21-07-2007Sunday, 22-07-2007 by Teresa

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Mukadepan/20070721085027/Article/

Pergerakan Pemuda Umno meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana tindakan itu tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar)menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan oleh MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

“Saya beri amaran kepada pemimpin MCA supaya berhenti membuat kenyataan sedemikian. Ingin saya tegaskan, saya bukan pemimpin naif yang akan membenarkan perkara ini berterusan. Amaran saya ialah berhenti membuat kenyataan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ranau, di sini semalam.

Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu yang menegaskan Malaysia adalah negara Islam yang melindungi hak bukan Islam.

Ong antara lain dilaporkan berkata, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbukti menerusi pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988.

Beliau berkata, status sekular Malaysia itu juga terbukti berdasarkan persetujuan dan kontrak sosial oleh pemimpin terdahulu seperti termaktub dalam pelbagai dokumen yang digunakan dalam proses merangka Perlembagaan Persekutuan.

Isu berkenaan timbul berikutan satu laporan agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa dasar Malaysia kini semakin menjurus kepada sebuah negara sekular, bukannya negara Islam seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib ketika mengulas perkara itu Isnin lalu menolak tanggapan media asing berkenaan dengan menjelaskan, Malaysia tidak pernah menjadi negara sekular kerana sekular seperti takrifan Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara pentadbiran.

Malaysia, katanya, tidak pernah berpegang kepada fahaman sekularisme kerana Perlembagaan jelas menyebut Islam adalah agama rasmi. Bagaimanapun, ia tidak bererti orang bukan Islam tidak dihormati kerana umat Islam dan bukan Islam, masing-masing mempunyai hak.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, turut membidas tindakan pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam kerana perkara itu sudah jelas diperakui dalam Perlembagaan.

Katanya, tindakan pihak yang cuba mengaitkan negara ini sebagai negara sekular dengan menggunakan cadangan Suruhanjaya Cobbold dan Reid sebagai alasan, adalah langkah ke belakang kerana semua perakuan itu sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan yang dengan sendirinya menggugurkan cadangan dua suruhanjaya berkenaan.

Malah beliau menegaskan, Cobbold dan Reid sendiri tidak menganggap diri mereka berhak mencorakkan bangsa sesebuah negara, sebaliknya sekadar mencadangkan sesuatu untuk dipersetujui Raja-Raja Melayu yang melambangkan institusi warisan berdaulat.

“Tindakan pihak berkenaan yang cuba mengungkit semula sejarah dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi ini adalah tindakan tidak sopan dan melanggar persefahaman antara kaum yang dibina Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman.

“Pihak yang cuba mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular dan menafikan kedudukannya sebagai negara Islam perlu melihat Perlembagaan secara menyeluruh, bukannya mengambil sesuatu fasal atau fakta secara terasing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Muhammad berkata, Amerika Syarikat sendiri memperakui kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak pernah mempertikaikan hak amalan kepercayaan untuk penganut bukan Islam di negara ini.

“Pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini perlu menyedari fakta sejarah bahawa Islam adalah asas sahih yang mencorakkan warna dan identiti masyarakat Melayu, bermakna mempersoalkan Islam menunjukkan kejahilan mereka mengenai sejarah negara yang merdeka ini.

“Tindakan pihak terbabit mempertikaikannya dengan sendirinya mempersoalkan asas kerakyatan negara ini kerana kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dan Islam sebagai agama rasmi sudah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan, malah sudah diisytiharkan di Parlimen,” katanya.

1 thought on “Amaran kepada MCA”

  1. lee wee tak says:
    Tuesday, 24-07-2007 at 08: 04.05

    if Malaysia is an Islamic state as claimed, then Bank Bumiputra, Maybank, EPF, PNB, ASN, ASB are some of the items that involve payment/receipt of interest and contradict Islamic teaching, yes or no?

    that Malay constituitional law prof is right. Malaysia is nether a theocratic nation and not secular entirely either. Nothing to be ashame of, a balance of everything is not a bad thing.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme