Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Dr M: Dari mana Zahid dapat RM230 juta?

Posted on Thursday, 03-08-2017 by -ec-

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menyerang kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, apabila menimbulkan pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika dilantik sebagai Pemuda Umno.

Mahathir mendakwa perisytiharan Zahid yang dibuat kepadanya selaku perdana menteri pada tahun 1996 telah mendedahkan yang naib presiden Umno itu memiliki sembilan angka dalam akaun banknya.

“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi RM230 juta yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.

“Jikalau dia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata Mahathir dalam kiriman di blognya hari ini.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Zahid, Ibrahim Yahaya untuk mengulas mengenai tuduhan Mahathir dan sedang menunggu maklum balas daripada naib presiden Umno itu.

Semalam, Mahathir juga mendakwa Zahid telah mendapatkan sokongannya bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Serangan Mahathir itu dibuat selepas Zahid mengungkit keturunan bekas perdana menteri itu yang berdarah campuran India.

Zahid semasa mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya juga mendedahkan butiran kad pengenalan Mahathir.

BN juga menuduh Mahathir mengumpul kekayaan untuk keluarganya ketika menjadi perdana menteri tetapi beliau menafikan tuduhan itu.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme