Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Muktamar PAS ke-63 ‘tak ada class’, kata Zaid Ibrahim

Posted on Tuesday, 02-05-2017 by -ec-

PAS dilihat lebih berminat menyerang Amanah dan saman Clare berbanding bincang isu sekolah tahfiz.

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyifatkan mesyuarat agung tahunan Pemuda, Ulama dan Wanita PAS yang berlangsung hari ini sebagai tiada “class”, kerana tidak membawa isu mendesak seperti keselamatan pelajar sekolah tahfiz dan peluang pekerjaan lepasan sekolah Arab.

Bekas menteri undang-undang itu berkata demikian setelah melihat PAS lebih berminat menyerang parti pembangkang lain dan tindakan undang-undang terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

“PAS tak ada ‘class’. Di muktamar cakap lah pasal sekolah tahfiz, pasal peluang pekerjaan graduan sekolah Arab. Ini cakap (pasal) Amanah, (dan) Claire.

“Saman Claire pun masa di muktamar. Ini untuk impak maksimum,” katanya di Twitternya.

Keselamatan para pelajar sekolah tahfiz menjadi perbualan orang ramai selepas kematian Mohamad Thaqif Amin Gaddafi, 11, 2.06 petang semalam, seminggu selepas dimasukkan ke hospital selepas didakwa dipukul pembantu warden sekolah tahfiznya.

Jumaat lepas, doktor terpaksa memotong kaki Thaqif dalam usaha menghalang jangkitan merebak ke tisu dan sel darah dalam tubuh. Beliau juga dijadualkan untuk menjalani pembedahan memotong tangan kanan.

Pembantu warden itu ditahan Sabtu lepas dan direman sementara menunggu siasatan diselesaikan, yang diklasifikasikan semula daripada kes dera kepada kes bunuh, menurut polis.

Hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London 21 April lepas.

Takiyuddin berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetap enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme