Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Karikatur ‘monyet’ – Nanyang dapat surat tunjuk sebab

Posted on Wednesday, 12-04-2017 by -ec-

Kementerian Dalam Negeri hari ini memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau berhubung karikatur yang memaparkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Nanyang mempunyai tiga hari untuk menjawap surat itu, yang dikeluarkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan dan prosedur yang ditetapkan (mengikut akta itu),” kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, tindakan akhbar itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam kerana menggalakan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan pra sangka terhadap orang atau agama lain.

“Ia juga secara tidak langsung seolah-olah telah mempersendakan parlimen dan agama Islamkerana rang undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkaitan hal agama Islam,” katanya.

Bertajuk “Akta Monyet” kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau itu memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai “speaker” manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai “Hadi Awang” bertenggek di pokok “Akta 355”.

“Hadi Awang” dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah “keledek panas”, manakala “speaker” melompat dari pokok itu, sambil berkata: “Simpan untuk hari kemudian.”

Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Nanyang semalam memohon maaf kerana menyiarkan karikatur itu tetapi ia tidak menghalang ahli dan penyokongnya yang berang daripada menganjurkan satu bantahan di pejabat akhbar itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam ucapannya, Penolong Setiausaha Pemuda PAS, Nurul Islam Mohd Yusof, menuduh akhbar itu mencetuskan ketegangan agama dan mahu kerajaan membatalkan permit penerbitannya.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme