Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pemuda DAP: Semoga Hadi banyak beristighfar

Posted on Wednesday, 12-04-2017Wednesday, 12-04-2017 by -ec-

‘Butir tahi PAP’: Jangan biarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat

Kami merujuk laporan Malaysiakini  tentang ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila malam tadi.

Abdul Hadi dilaporkan berkata:

“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

 “Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia.”

Kami merakamkan perasaan sedih dan kecewa dengan ayat-ayat yang dituturkan bibir seorang ulama, apatah lagi seorang timbalan ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Suka kami ingatkan bahawa Allah SWT berfirman (bermaksud): “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (an-Nahl: 125)

Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Abdul Hadi dengan kata-kata yang begitu kesat, dan tidak padan dengan sunnah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari.

Kami ingin tekankan bahawa DAP dan PAP (Parti Tindakan Rakyat) tidak ada kena mengena secara parti-ke-parti.

Hanya beberapa pengasas DAP pernah menganggotai PAP ketika parti tersebut masih wujud di Malaysia.

DAP dan PAP bukan parti adik beradik, atau yang sepertinya. Pun begitu ia tidak menghalang kami daripada berjuang melawan kezaliman Umno.

DAP sudah lebih 50 tahun berjuang demi sebuah negara yang aman makmur dengan kebebasan, keadilan, dan solidariti untuk seluruh rakyatnya, tanpa mengira latar kaum, agama, budaya dan daerah.

Kami bangga menjadi mata rantai penerus perjuangan DAP, biarlah apa pun kata Abdul Hadi.

Kami lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik kata tuturnya, meski giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan. Abdul Hadi wajar bertaubat dan malu kerana membiarkan lidah yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan, dicemari kata-kata kotor dan kesat.

Kami bersimpati dengan kader-kader PAS yang ternyata telah meninggalkan tarbiah dan manhaj yang digariskan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semoga Abdul Hadi banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah.

Tinggalkanlah Islam yang penuh marah-marah, dan hidupkan Islam yang ramah tamah; sesuai budaya politik matang dan sejahtera yang dipakai ketika berhadapan dengan Umno.


Kenyataan media ini ditandatangani Edry Faizal (Ahli Jawatankuasa DAP Selangor), Shukri Mokhtar
(AJK Pemuda DAP Subang), Dyana Sofya Mohd Daud (Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan), Muhammad Shakir Ameer Mohideen (Bendahari Pemuda DAP Selangor), Mohammad Firdaus Babh (Setiausaha Pemuda DAP Selangor dan AJK Pemuda DAP Kebangsaan), Young Syefura
(Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan), Nor Miswary Ramli (Setiausaha DAP USJ, Subang Jaya), Masyhur Abdullah (AJK Pemuda DAP Bukit Bintang), Sheikh Omar Ali (Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor), Jamaliah Jamaluddin (Naib Pengerusi DAP Ara Damansara), Farhan Haziq Mohamed (Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP Subang dan AJK DAP Bandar Utama) Ahmad Anwar Asyraf (Penolong Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Johor) Ahmad Irfan Hani (Pemuda DAP
Subang), Nurul Shifa Abdul Manan (Naib Pengerusi DAP Perlis) dan Azfar Faruqi Mohamad Idris
(Pengerusi DAP Taman Seroja).

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme