Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Solid Waste & Public Cleasing Management Corporation Bill 2007

Posted on Thursday, 05-07-2007Thursday, 05-07-2007 by Teresa

The Solid Waste and Public Cleasing Management Corporation Bill 2007 is in its second reading and debate after Ong Ka Ting replied to it.

This bill concentrates more on the functions and roles of the corporation.

A few MPs, including I, have been questioning the proposed roles of this ‘corporation of solid waste and cleansing management’ and want to know whether it is a government or a private entity.

If I am not wrong, it sounds like a government entity that is profit driven, where money and donation can be collected for their consultancy service.

If so, who will be their clients? What consultancy are they going to give? Can the ministry sack incompetent officers from the corporation? Can the staff of the corporation enjoy bonus if it make money?

I delivered my speech yesterday in five minutes as Speaker Lim Si Cheng kept chasing me to stop speaking.

Ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Pada 4 Julai 2007

Bahagian I: Kenapakah “Kuala Lumpur” Dikecualikan Daripada Mukadimah Rang Undang-Undang?

Kenapakah perkataan “Kuala Lumpur” ditinggalkan daripada mukadimah ini manakala wilayah-wilayah persekutuan Putrajaya dan Labuan disebut dalam rang undang-undang ini ?


Bahagian II: Keanggotaan Perbadanan

Mengikut 5(g) dalam rang undang-undang ini, Menteri sepatutnya melantik 3 orang anggota dalam perbadanan ini. Perlantikan ini haruslah dipilih daripada anggota NGO ataupun akademik yang pakar dalam bidang sisa pepejal dan alam sekitar.

Fasal 9(1) Menteri diberi kuasa untuk membatalkan perlantikan mana-mana anggota Perbadanan yang termaktub dalam 5(g), iaitu 3 anggota yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan.— kenapakah Menteri diberi kuasa untuk membatalkan perlantikan mereka tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan?? Kenapakah “tanpa sebab” dimasukkan dalam fasal ini? Apakah fasal ini memberi kuasa kepada Menteri untuk memecat mana-mana anggota perbadanan yang berpegang teguh kepada prinsip kebenaran, dan kritikal terhadap penyelewengan yang berlaku dalam perbadanan ini?


Ketua Pengarah & Pengerusi Perbadanan, Siapa Lebih Berkuasa?

Struktur pengurusan organisasi di perbadanan ini adalah agak kekeliruan. Apakah perbezaan di antara peranan dan tanggungjawab Pengerusi perbadanan dan Ketua Pengarah perbadanan, kerana kedua-dua mereka juga bertanggungjawab kepada Menteri? Siapa lebih berkuasa dalam aspek ini? Kenapakah Ketua Pengarah perbadanan tidak muncul dalam senarai keanggotaan perbadanan dalam fasal 5 dalam rang undang-undang ini?

Fungsi Perbadanan: Apakah Perbadanan Ini GLC Ataupun Agensi Kerajaan?

i) Seksyen 38, 39, 40 memberi satu gambaran kepada kita bahawa perbadanan ini adalah satu entiti kerajaan, tetapi Bahagian III dalam rang undang-undang ini menyatakan perbadanan ini adalah satu organisasi yang berasaskan keuntungan ataupun “profit based organisation”. Soalan saya ialah, apakah Public Authority Protection Act (PAPA) 1948 boleh digunapakai di sini? Ataupun apakah perbadanan ini merupakan satu syarikat yang kait dengan kerajaan ataupun “GLC”? Apakah pekerja di perbadanan ini merupakan pekerja perkhidmatan awam ataupun mereka dianggap sebagai pekerja swasta yang boleh dipecat sekiranya mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik?

ii) Fasal 27(2) (d) menyatakan ‘semua wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan penasihat dan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Perbadanan’. Fasal ini kelihatan memberi kuasa kepada anggota perbadanan ini untuk mengutip wang daripada orang ramai untuk memberi perkhidmatan perundingan? Jadi siapakah sasaran perkhidmatan perundingan anggota perbadanan ini? Adakah perbadanan ini merupakan satu badan awam (public authority) yang memberi consultation ataupun nasihat dengan mengenakan caj dan fi?

— Kementerian telah menggunakan berjuta-juta ringgit untuk melancarkan Kempen kitar semula pada tahun-tahun yang lepas. Sekarang YB Menteri berkata perbadanan ini akan menggunakan tempoh dua tahun untuk menjalankan pendidikan tentang kepentingan kitar-semula kepada orang ramai? Apakah kementerian pernah menjalankan kajian tentang sebab-musebab kegagalan Kempen Kitar Semula, apakah rancangan kementerian untuk menjayakan pendidikan kitar-semula sampah-sarap kita dalam tahun-tahun yang akan datang?

iii) Apakah perbadanan ini mampu melaksanakan aktiviti penguatkuasaan? Sekiranya perbadanan ini tidak mempunyai kuasa dari segi penguatkuasaan, dan sekiranya terwujudnya perselisihan di antara PBT dengan perbadanan, kita akan menghadapi masalah dari segi penguatkuasaan.

1 thought on “Solid Waste & Public Cleasing Management Corporation Bill 2007”

  1. lee wee tak says:
    Friday, 06-07-2007 at 08: 26.40

    “Solid Waste & Public Cleasing….” ? For a moment I though you were talking about the GE. 🙂

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme