Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soal siasat polis ugutan terhadap wakil rakyat, kata Shafie

Posted on Monday, 07-11-2016Tuesday, 15-11-2016 by -ec-

shafie

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal melabelkan siasatan polis terhadap ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah proses intimidasi terhadap hak kebebasan ahli Parlimen berucap.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau sedar yang isu tertentu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan membuat kenyataan berunsur hasutan tidak dibenarkan dibawa ke Parlimen.

“Kami tahu apa yang menghasut dan apa tidak,” katanya kepada wartawan selepas keterangannya diambil di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.

Beliau dipanggil memberi keterangan berhubung ucapannya di dalam Dewan Rakyat dan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata ia menjadi perkara penting apabila ahli Parlimen tidak dibenarkan membahaskan atau bercakap mengenai isu yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Shafie yang juga bekas menteri persekutuan berkata ahli Parlimen sepatutnya diberikan kebebasan berucap dalam isu seumpama itu.

“Saya kesal dengan proses ini. Menyoal siasat ahli Parlimen tidak sepatutnya berlaku hanya kerana apa yang diucap di Parlimen,” katanya, menambah institusi kebebasan bersuara dan bahasa bukan saja untuk undang-undang tetapi menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Shafie yang tiba di Bukit Aman kira-kira 9.45 pagi tadi disoal siasat selama kira-kira sejam oleh seorang pegawai.

Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang juga pengkritik tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut hadir memberi sokongan kepada Shafie. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking dan wakil rakyat DAP termasuk Teresa Kok, Lim Lip Eng dan Teo Kok Seng.

Laporan sebelum ini menyatakan polis menyiasat 3 bekas menteri kerana ucapan mereka, yang menyentuh mengenai 1MDB, ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Selain Shafie, bekas menteri terbabit ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata siasatan polis dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme