Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kementerian: Hutang 1MDB tiada kaitan dengan kerajaan

Posted on Monday, 31-10-2016Tuesday, 15-11-2016 by -ec-

teresa-kok-1mdb

KUALA LUMPUR: Hutang berbilion ringgit yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak diklasifikasikan sebagai tunggakan yang ditanggung kerajaan persekutuan, jelas Kementerian Kewangan hari ini.

“Oleh itu, hutang yang ditanggung 1MDB dan projek-projek lain yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada hutang persekutuan secara keseluruhan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) hari ini.

Kok meminta kementerian menyatakan nisbah hutang negara terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 30 September 2015, berbanding tarikh yang sama tahun ini.

Beliau juga mempersoalkan jumlah hutang disumbangkan 1MDB dan projek-projeknya.

“Hutang terkini kerajaan persekutuan sehingga 30 Jun 2016 adalah RM655.7 bilion atau 53.2% daripada KDNK.

“Daripada jumlah itu, 95.9% atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik (51% daripada KDNK) manakala 4.1% atau RM26.9 bilion (2.2% daripada KDNK) adalah pinjaman luar pesisir.

“Berbanding Jun 2015, hutang persekutuan adalah pada RM627.5 bilion atau 54.2% daripada KDNK,” jawab kementerian itu.

Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) pada awal tahun ini mendedahkan hutang 1MDB pada Januari 2016 berjumlah RM50 bilion.

Beberapa hari lalu, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang muncul sebagai salah seorang pengkritik terkini 1MDB, berkata hutang yang ditanggung firma pelaburan negara itu akan menyaksikan nisbah hutang Putrajaya kepada KDNK melebihi had ditetapkan iaitu sebanyak 55%.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme