Pagi ini, Ahli Parlimen DAP di Kuala Lumpur mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Amar Singh.
Dato’ Amar Singh ialah Ketua Polis KL yang mesra. Kami menyampaikan isu berkenaan dengan jenayah dan terrorisme kepada beliau. Beliau juga memberitahu kepada kami masalah yang dihadapi oleh polis dan juga usaha pihak polis untuk menangani jenayah dan terrorisme di Kuala Lumpur.
Saya menyampaikan hasrat tentang penambahbaikan hubungan di antara Ketua Daerah Polis/pegawai kanan polis dengan wakil rakyat demi kepentingan rakyat, dan beliau bersetuju. Selepas pertemuan dengan beliau, saya terima panggilan daripada IPD Brickfields di kawasan saya dan saya dapat berjumpa dengan Ketua Daerah Polis di Brickfields pada minggu depan