BERSIH 2.0 menyeru untuk pengundi-pengundi yang terkesan dengan pindahan lokaliti pengundi secara haram oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bersama-sama ke pejabat SPR di Putrajaya untuk menuntut jawapan dari pihak mereka.#ApaKhabarSPR
Tarikh: 22 Julai 2016
Hari: Jumaat
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Lobi Menara SPR, Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya.
Semak semula kawasan pengundian anda dihttp://daftarj.spr.gov.my/
BERSIH 2.0 tidak boleh membetulkan segala pemindahan pengundi yang telah dilakukan oleh SPR. Hanya pengundi yang terjejas boleh meminta SPR untuk memindahkan tempat pengundian anda ke tempat asal.
Jika anda telah dipindahkan ke kawasan yang lain, sila ke Pej SPR terdekat untuk membetulkannya semula.
Peringatan:
Anda mungkin tidak dapat mengundi pada PRU14 jika anda tidak membetulkan kawasan pengundian anda.