Pada 29 Jun 2016, ketika saya sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat Exco, saya tiba-tiba dimaklumkan bahawa wartawan portal berita telah hadir di pejabat saya seawal jam 9 pagi. Saya hairan dan bertanya sendiri, bukankah sidang media saya dijadual pada 12.30 tengahari? Barangkali pegawai saya tersilap.
Saya menemui wartawan tersebut untuk memberitahu bahawa beliau datang terlalu awal, tetapi sebaliknya beliau memberitahu saya bahawa ibu pejabatnya telah menerima maklumat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan datang mencari saya pada hari tersebut. Saya mungkin berhadapan masalah pada hari itu, katanya. Meski sedikit terkejut, pejabat saya masih aman tenteram waktu itu. Apabila katanya maklumat tersebut didapati daripada ibu pejabat SPRM di KL, saya terus menyedari bahawa apa yang bakal berlaku adalah sengaja diatur untuk memperlihatkan saya sebagai watak jahat, untuk memalukan dan mengaibkan saya di mata umum.
Sambil kian ramai pengamal media berkumpul di anjung pejabat, saya menyiapkan diri dan emosi untuk berdepan keadaan paling buruk. Bahkan, saya sudah bersedia untuk apa yang bakal terjadi sejak awal lagi, dan hanya menanti saat dan ketika ia berlangsung.
Masa terus berjalan dan setiap saat berlalu tanpa sebaran tindakan oleh pihak SPRM. Sewaktu sidang media saya pada jam 12.30 tengahari ketika topik terowong dasar laut dibincangkan, tiada siapa yang peduli. Kemudian datanglah khabar angin bahawa SPRM akan ‘menyerang’ pada jam 3 petang. Semakin ramai wartawan tiba di pejabat pada jam 3. Namun tiada pun bayang kehadian SPRM.
Pada jam 5 petang, Setiausaha Sulit saya, Puan Farida Hani memaklumkan bahawa beliau telah dihubungi pegawai SPRM. Mereka sedang dalam perjalanan untuk menemui saya. Mereka juga memberitahu bahawa mereka boleh menunggu sehingga selesai mesyuarat exco sebelum berjumpa dengan saya.
SATU NEGARA, DUA SISTEM – TINDAKAN SENGAJA UNTUK MENGAIBKAN
Setibanya mereka di pejabat, saya masih mempengerusikan mesyuarat exco. Mereka menunggu di bilik yang biasanya diadakan sidang media. Apabila mesyuarat saya selesai, mereka datang kepada saya. Mereka tunjukkan Waran Tangkap dan memberitahu bahawa saya akan berhadapan dua pertuduhan dan bakal bermalam di lokap SPRM.
Peguam-peguam saya begitu marah apabila pegawai SPRM menyebut bahawa saya akan bermalam di lokap SPRM. Adakah mereka risau bahawa saya akan melarikan diri di tengah malam? Kalau saya melarikan diri, bukankah itu lebih baik untuk BN? Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, dan saya melawan pertuduhan terhadap saya di Mahkamah.
Ketika bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo ditangkap, beliau tidak perlu pun bermalam di lokap. Kenapa layanan berbeza dikenakan atas pertuduhan yang sama? Adakah negara sedang berhadapan keadaan double standard di ana wujud dua sistem dalam sebuah negara? Jelas sekali, tujuan utama tindakan ini adalah untuk memburukkan dan mengaibkan saya.
Setelah bertemu dengan pegawai-pegawai SPRM, saya kembali ke bilik mesyuarat exco dan meminta pendapat rakan-rakan mengenai kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. Pada masa yang sama, saya menasihati mereka agar terus tabah dan komited ke arah penyampaian dasar-dasar kerajaan seandainya terjadi sebarang kejadian tidak diingini ke atas saya. Sekiranya perlu, mesyuarat tergempar majlis mesyuarat kerajaan negeri akan diadakan.
Pada ketika itu, Adun-Adun beragama Islam daripada Pakatan Harapan yang sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya telah menawarkan untuk pulang berhadapan cabaran ini bersama saya. Panggilan telefon daripada rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan; Azmin Ali, Kak Wan dan Mat Sabu turut saya terima.
PERTAHANKAN KUBU KITA!
Sebelum saya meninggalkan pejabat bersama pegawai-pegawai SPRM, Saudara Chow Kon Yeow adalah rakan setugas pertama yang memeluk dan berjabat tangan dengan saya. Anggota exco yang lain kemudian turut serta dan memeluk saya tanda sokongan dan memberi semangat. Ramai yang menitiskan air mata.
Saya tidak menangis. Saya sedar bahawa pada saat dan ketika itu, saya mesti terus tabah, lebih tabah berbanding yang lain. Saya beritahu Chow, “Pertahanan kubu kita”.
Saya mengikut pegawai SPRM, menaiki tangga ke tingkat 29 dan kemudian menaiki lif ke tempat letak kereta. (Laluan ini dipilih pegawai SPRM untuk mengelak pihak media). Ramai wartawan, bagaimanapun telah menunggu di kawasan letak kereta VIP. Ironinya, itulah kali pertama saya mendapat ‘keistimewaan’ diiringi kenderaan polis ketika meninggalkan Komtar, malah mereka turut meletakkan sekatan jalanraya dengan tujuan untuk menahan saya.
Kemudian saya dapat tahu bahawa beberapa anggota parti yang risau turut menunggang motosikal berkuasa tinggi mereka untuk menyertai konvoi polis yang membawa saya ke pejabat SPRM. Saya lihat penyokong yang telah menanti di pintu masuk SPRM. Ada yang menangis ketika melihat saya keluar dari kereta.
Sebaik saya memasuki bangunan SPRM, saya melihat Cik Phang Li Koon yang juga telah ditahan lebih awal. Kami berdua berdiri di pintu masuk dan berbual sekitar lima minit sebelum kami masing-masing dibawa ke bilik berbeza untuk memberi keterangan.
Tidak lama kemudian, isteri, peguam dan anak saya pun tiba. Sesi soaljawab berlangsung sehingga jam 7 malam apabila pegawai SPRM beragama Islam bersiap untuk berbuka puasa. Pada sekitar 7.30 malam, saya diberikan makanan berupa nasi campur. Saya hanya makan beberapa suap kerana tidak ada selera. Saya kemudiannya diberitahu bahawa adik saya Hui Ying cuba menghantarkan makanan tetapi tidak dibenarkan.
DI DALAM LOKAP – PENGALAMAN BARU
Sesi soaljawab bersambung pada jam 8.45 malam dan berterusan sehingga jam 12 tengah malam. Sepanjang tempoh ini, saya dapat mendengar laungan sayup-sayup dari luar bangunan SPRM. Saya dapat merasakan sokongan rakyat Pulau Pinang bersama saya. Saya ternyata tidak sendirian dalam perlawanan ini. Pegawai SPRM juga ada beritahu saya bahawa situasi di luar agak tegang, tetapi sehingga ke tahap bagaimana, saya tidak tahu dan tidak dimaklumkan.
Kali ini, sikap kumpulan pegawai SPRM yang sama, datang jauh dari Putrajaya nampaknya positif. Mereka menyedari bahawa saya memberi kerjasama penuh dan tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan. Isteri saya membawakan sepersalinan pakaian bersih untuk dipakai esok hari apabila dihadapkan ke mahkamah.
Ayah dan keluarga saya dibenarkan berjumpa dengan saya. Kemudian SPRM membawa seorang doktor dari Hospital Besar untuk memberi pemeriksaan kesihatan pada jam 1 pagi. Doktor itu memberitahu bahawa prosedur yang tepat ialah supaya pihak berkuasa menghantar suspek mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan, dan ini kali pertama beliau dibawa ke ibu pejabat SPRM.
Keputusan pemeriksaan saya – kandungan gula dalam darah pada kadar 5.2 adalah normal. Bacaan pertama tekanan darah saya 140/97. Saya rasakan seperti ada sesuatu tidak kena dan memohon supaya dibuat bacaan kedua. Rekod sebelum ini tidak pernah begitu tinggi. Saya minta doktor ambil semula tekanan darah. Bacaan kedua – 128/80 adalah lebih baik dan normal.
Kemudian, mengikut prosedur, kesepuluh-sepuluh cap jari saya diambil sebanyak tiga kali. Kemudian saya akan ‘bermalam’ di SPRM. Keadaannya jauh lebih baik berbanding penahanan saya sebelum ini. Ada alat penghawa dingin (untung saya memakai pakaian tebal). Pegawai SPRM bertugas juga kerap bertanya jika saya mahu suhu diubah.
MALAM YANG PANJANG DAN AMAT MEMBOSANKAN
Dalam tempoh kurungan ini, saya memerhatikan seorang pegawai wanita SPRM duduk di bawah alat penghawa dingin, yang nampaknya telah terkena selsema. Saya katakan kepadanya kenapa tidak duduk di luar, panas sedikit kerana tiada alat penghawa dingin. Beliau menjawab tidak mengapa kalau selsema pun, kerana itu tugasnya.
Pada setiap masa, ada empat orang pegawai mengawasi saya. Paling teruk sekali ialah kebosanan yang melanda, kerana saya tidak ada apa-apa untuk dibuat. Malah bukan sahaja saya, mereka yang menjaga saya pun turut sama bosan. Situasi begitu ironi sekali waktu itu, saya tengok muka awak, awak tengok muka saya. Malamnya begitu panjang, dan tanpa disedari kami pun mula bersembang. Saya tanya mereka dari mana. Dalam kalangan pegawai SPRM itu, dua dari Pulau Pinang, seorang dari Melaka, dua dari Kelantan dan dua lagi dari Kedah.
Ketika ditahan, ada satu peraturan kecil yang perlu dipatuhi tetapi tidak disedari orang yang melibatkan waktu ke tandas. Pintu tandas tidak boleh ditutup rapat. Janganlah tanya kalah mereka menghendap saya ketika sedang buang air. Saya tidak tahu. Tetapi satu saya dapat pastikan, memandangkan saya telah pernah ditahan pegawai-pegawai SPRM boleh menghela nafas lega kerana dipertanggungjawabkan menahan Ketua Kerajaan sebuah negeri, satu tugas yang tidak dicemburui orang.
Sejak ketika saya menjejakkan kaki ke bangunan SPRM, segala yang saya lakukan – pergi ke tandas, minum air – semuanya dirakam video. Ada sebiji kamera video diletakkan berhadapan dengan tempat duduk saya, dan ia merakamkan semua tindakan saya tidak kira ketika memberi keterangan sambil duduk atau berbaring. Terasa bagai diintip ‘Big Brother’.
Akibat terlalu bosan di dalam lokap, saya cadangkan kepada pegawai SPRM kalau-kalau saya boleh bersahur bersama mereka awal-awal pagi nanti. Mereka kelihatan begitu gembira. Cumanya saya sukar lena sepanjang malam, dan apabila saya dapat melelapkan mata, saya terlajak tidur dan tidak bangun dapat bangun sahur pada jam 5 pagi. Waktu saya bangun tidur, sudah jam 7 pagi. Sarapan diletak di hadapan saya di atas meja, tetapi memandangkan saya tidak ada selera, maka saya tidak makan. Saya akan dihadapkan ke mahkamah, dan saya harus cepat menyiapkan apa yang akan saya katakan secara mental.
SAYA AMAT HARGAI SOKONGAN ORANG RAMAI
Mengikut prosedur biasa ketika ditahan, saya tidak dibenarkan untuk menggunakan kereta rasmi saya untuk pergi ke mahkamah. Mereka sebelum ini telah menyediakan sebuah kereta putih yang membawa saya ke mahkamah dari bangunan SPRM. Disebalik cermin gelap kereta itu, saya lihat ramai penyokong yang berdiri di sepanjang laluan sehingga ke mahkamah. Apa yang sebenarnya menggerakkan hati saya kali ini, adalah kehadiran bukan sahaja ahli-ahli DAP tetapi juga semua kaum lain yang datang untuk menunjukkan solidariti kepada saya. Ada juga yang berdiri dari pukul 7 pagi hingga selepas 12 tengah hari. Walaupun diberitahu bahawa Ketua Menteri telah dibebaskan dengan ikat jamin, mereka masih kekal di mana mereka berada. Mereka mahu melihat saya meninggalkan premis mahkamah dengan mata mereka sendiri sebelum mereka sendiri pulang ke rumah.
Media telah melaporkan secara terperinci mengenai prosiding mahkamah dan saya tidak akan mengulas banyak mengenai perkara ini. Saya juga akan menyerahkan kepada mereka untuk menjelaskan sebab-sebab di sebalik jumlah jaminan saya. Memandangkan semua hal keadaan, apa yang benar-benar di luar jangkaan saya adalah sambutan yang bersemangat orang Melayu dan India terhadap kes saya. Saya berbisik bertanya kepada Chow, “Adakah mereka diatur untuk berada di sana untuk menyokong saya dalam apa-apa cara,” kata Chow ‘Tidak’. Mereka datang dengan sendiri untuk menyokong saya, meninggalkan kerja mereka. Tiada siapa yang membayar mereka.
Dalam perjalanan dari Mahkamah kepada Dewan Bandaran, wanita muda Melayu memegang tangan saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya sambil teresak-esak. Seorang warga emas “Pak Haji” memeluk saya dan menangis tanpa henti.
Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu saya bahawa sistem I-sejahtera kerajaan negeri adalah sama dengan sistem kebajikan negeri yang telah banyak menyentuh hati ramai pihak. Ia mengingatkan saya kepada peristiwa apabila saya mengeluarkan bayaran pertama sebanyak RM100 kepada ibu tunggal di Pulau Pinang, seorang ibu tunggal India tiba-tiba melutut di depan saya dan mencium kaki saya. Dia begitu miskin sehingga tidak mampu untuk meraikan Deepavali, namun, bayaran RM100 oleh kerajaan negeri membolehkan beliau membeli beberapa pakaian baru kepada anak-anaknya.
Untuk 8 tahun yang lalu, sedikit demi sedikit, kami telah menyentuh hati ramai pihak yang memberikan kepercayaan kepada kami. Kami melaksanakan segala janji-janji dan membuktikan bagaimana sebuah kerajaan yang bersih dapat memperoleh sumber kewangan untuk memperkaya dan memberi manfaat kepada rakyat.
KONSPIRASI POLITIK DAN PEMBUNUHAN KARAKTER
Apa yang benar-benar membuat rakyat marah dan tidak boleh difahami adalah, mengapa orang yang bersih dan jujur boleh didakwa kerana rasuah tetapi mereka yang mempunyai sumbangan besar dalam akaun bank peribadi, kekal bebas? Adalah jelas bahawa tiada manfaat diberikan kepada satu pihak dan tidak ada pengayaan tidak adil kepada yang lain dan lagi, tuduhan rasuah boleh dibuat!
Saya tidak dapat tidur langsung pada malam penahanan saya bukan kerana saya dikelilingi oleh empat dinding sejuk seperti ais, malah tidak disebabkan oleh kebimbangan saya akan keselamatan diri dan masa depan saya. Saya fikir keseluruhan episod ini adalah hanyalah konspirasi politik dan serangan peribadi terhadap saya. Hati nurani saya jelas mengatakannya. Saya tidak buat sebarang kesalahan dan Cik Phang tidak mendapat apa-apa faedah. Namun, saya bertanya kepada diri sendiri: Bagi mereka yang berdiri di luar mahkamah, rakan-rakan gabungan saya, rakan-rakan saya, pengundi saya dan rakyat Pulau Pinang, adakah mereka mempunyai keyakinan kepada saya bahawa saya bersih dan tidak korup?
Saya sungguh berlapang dada kerana orang ramai secara berterusan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi bahawa mereka tidak percaya pembohongan BN dan bahawa saya rasuah. Saya terus boleh bertahan daripada serangan kotor ini kerana saya mempunyai keyakinan daripada rakyat bahawa saya bersih. Mereka mempunyai keyakinan bahawa selama lapan tahun pentadbiran bersih dan tadbir urus yang baik telah berjaya untuk membersihkan apa yang ‘kotor’ di Pulau Pinang.
Saya benar-benar tersentuh kerana untuk 8 tahun yang lalu, bayaran tahunan kami sebanyak RM100 untuk membantu warga tua, uzur, ibu-ibu tunggal, one-off RM1,000 bayaran perkabungan atau RM1,000 pelajar universiti mendapat manfaat dan RM200 untuk bayi yang dilahirkan telah membuahkan hasil. usaha berterusan kami dalam melakukan perubahan dan penambahbaikan kepada kehidupan rakyat telah membuktikan apa yang kerajaan tidak rasuah boleh lakukan daripada lebihan bajet.
Sokongan dan kepercayaan anda telah memberi saya dorongan untuk menghadapi pelbagai cabaran termasuk perbicaraan mahkamah saya walaupun 16 jam-pengalaman pahit saya dipenjara sehari sebelum itu.
Pihak lawan boleh menggunakan pelbagai taktik kotor untuk memusnahkan saya tetapi selagi rakyat mempunyai kepercayaan kepada saya dan pentadbiran saya, mereka tidak boleh memusnahkan semangat saya untuk membetulkan kesilapan negara kita. Jauh di hati kecil saya amat berterima kasih kepada rakyat Pulau Pinang dan kami akan terus melindungi masa depan anak-anak kita dari mereka yang mencuri masa depan kita!
*Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bagan, Adun Air Puteh dan Setiausaha Agung DAP Kebangsaan.