Hari ini saya menghadiri Majlis rumah terbuka Hari Raya Kerajaan Selangor di Taman Sri Keramat, Gombak.
Saya gembira dapat berjumpa dengan ramai pegawai kerajaan Selangor yang saya selalu jumpa dalam mesyuarat semasa saya jadi Exco Kerajaan Selangor.
Ini adalah kali pertama di mana majlis rumah terbuka Hari Raya Kerajaan Selangor diadakan di luar bangunan kerajaan Selangor, dan tidak diadakan pada hari pertama Hari Raya. Selain itu, Tuanku Sultan Selangor hadir dalam rumah terbuka ini.
Pada pandangan saya, tapak majlis rumah terbuka adalah luas dan selesa dengan makanan sedap. Ini adalah rumah terbuka yang berjaya.